Monday, 16 November 2015

KEMBARA KE HO CHI MINH CITY (11.11.2015 - 14.11.2015)


Kembara 2015 adalah ke Ho Chi Minh City, Vietnam selama 4 HARI 3 MALAM bersama travelmate @ BFF @ teman gaduh Cik Bulan. Rancangan asalnya adalah untuk menyertai EZKembara bagi Qurban di Kemboja pada September 2015. Namun, atas sebab tertentu kembara ini telah berubah jadual. 

Sama seperti percutian bajet ke Surabaya, Indonesia pada April 2013, kami memilih untuk bergerak tanpa melalui agen. Semuanya dilakukan dengan kerjasama Mr. Google. Seperti biasa, aku orang yang dipertanggungjawabkan untuk review pasal Ho Chi Minh City dan Cik Bulan menguruskan tiket penerbangan murah.

Sebelum travel, perlu ada:

1)         Destinasi
Pilihan destinasi bergantung kepada individu itu sendiri. Tahun 2015 kami memilih untuk bercuti di Ho Chi Minh City atau dikenali juga sebagai Saigon, Vietnam kerana belum pernah menjejakkan kaki ke sana.


Vietnam merupakan salah satu destinasi yang menjadi kegemaran pelancong terutamanya dari Malaysia. Selain daripada panorama semulajadi yang memukau mata, salah satu tarikan utama pastinya adalah kerana Vietnam merupakan syurga beli-belah bagi kaum wanita.


2)         Tiket Penerbangan (KUL – SGN – KUL)
Sekiranya ingin bercuti dengan menggunakan perkhidmatan penerbangan murah pilihlah AirAsia (Now Everyone Can Fly). Januari 2015, bermula promo tiket dari AirAsia mulai  26 Jan 2015 hingga 1 Feb 2015 bagi travel mulai 3 Ogos 2015 hingga 26 Mac 2016. Alhamdulillah rezeki kami, 28 Jan 2015 Cik Bulan berjaya booking flight ticket dengan harga RM230/ return/ pax without luggage.



3)         Passport
Passport sangat diperlukan untuk menaiki penerbangan antarabangsa dan memasuki mana-mana negara. Umumnya, pasport hendaklah sah untuk tempoh sekurang-kurangnya enam bulan selepas tarikh kemasukan ke negara asing. Memandangkan passport ke Surabaya tahun 2013 telah tamat tempoh, maka aku telah memperbaharuinya di Jabatan Imigresen Kelantan kerana kebetulan bercuti di sana. Kali ini aku telah memperbaharuinya untuk tempoh 5 tahun dengan bayaran RM200.00. Manakala Cik Bulan, passportnya masih sah sehingga tahun 2019. Beruntungnya wargenaegara Malayasia kerana tidak memerlukan Visa untuk memasuki sesetengah negara termasuk Vietnam.

Passport ke Vietnam dan Surabaya

4)         Hotel
Perkara pertama apabila sampai di Vietnam sudah semestinya mencari hotel/ tempat penginapan. Terdapat pelbagai hotel yang ada di sekitar Ho Chi Minh City. Selalunya hotel pilihan rakyat Malaysia adalah di sekitar District 1 yang juga dikenali sebagai Malaysian Street yang berdekatan dengan Pasar Ben Thant/ Cho Ben Thanh. 

Pada Ogos 2015, aku telah booking Sai Gon Pink 2 Hotel melalui booking.com dengan kadar RM345/ USD81 (3 malam) bagi Deluxe Double/ Twin Room without breakfast memandangkan inilah hotel termurah yang aku dapat semasa searching TRIVAGO. Antara hotel lain yang ada disekitar sini adalah:

*Saigon Pink 2 Hotel *Than Thu Hotel  *Alagon Hotel (Dulu Hoang Hai Long 2 Hotel)                                                         

SAIGON PINK 2 HOTEL
Address: 32 Nguyen An Ninh Street, District 1, District 1 - Ben Thanh Market,
Ho Chi Minh City, Vietnam.
Tel: 08 3827 2339
Fax: 08 3829 4073
Website: http://saigonpink2-hotel.com/


Booking Hotel

5)         Mata Wang (USD/ RM/ VND)
Ada 3 jenis matawang yang boleh digunakan di Vietnam mengikut keadaan iaitu;
a) Vietnam Dong (VND) - untuk makan/ minum/ bas/ berbelanja
b) US Dollar (USD) - untuk hotel/ taxi 
c) Ringgit Malaysia (MYR) - untuk berbelanja


Kami telah menukarkan matawang USD & VND di Money Changer Berjaya Megamall memandangkan kadar tukaranya lebih tinggi berbanding di Hamid Bros/ Sharif & Co. Tukaran pada 27 Okt 2015 adalah 1usd = RM4.25 dan 1.000.000vnd = RM199.00

Vietnam Dong
US Dollar
Ringgit Malaysia

6)         Keperluan Peribadi

Bagi memastikan semua keperluan ada, kami telah membuat check list untuk memastikan tiada barang yang tertinggal terutamanya passport/ charger adapter/ tiket flight dan duit.


Dengan ini bermulalah perjalanan kami di HCMC : DAY 1

No comments:

Post a Comment