Pagi ni dimulakan dengan sarapan pagi di
Restoran Basiroh dengan menu nasi lemak dan roti canai. Berlaku juga adengan/
babak drama melayu sepagi di kawasan Ben Tanh… HAHAHA… tak sangka Mak jemah… Langsung
meneruskan perjalanan ke War Remnants Museum dengan berjalan kaki melewati taman rekreasi.
Lokasi War Remnants Museum |
Demi
memenuhi hajat/ semagat kesejarahan Cik Bulan kami masuk ke museum tue dengan
bayaran 15.000vnd/person dan
menghabiskan masa selama hampir 1 jam dengan mengetahui sejarah perang di
Vietnam. Perang yang berlaku telah meninggalkan kesan yang mendalam buat mereka
kerana sehingga ke hari ini masih terdapat rakyat Vietnam yang mengalami
kecacatan akibat kesan bahan racun perosak yang di gunakan oleh tentera US suatu masa dahulu sehingga menyebabkan mutasi kepada manusia.
Pintu Masuk |
Bayaran Masuk |
Dari museum kami menuju ke Saigon Central Post Office. Sepanjang
perjalanan, turut disapa oleh pembawa beca dan pembawa motosikal yang
menawarkan servis untuk mengelilingi Bandar Saigon. Sudah semestinya kami tidak
menerima tawaran mereka memandangkan hasil dari bacaan blog terdapat ramai pelancong
yang ditipu dan dikenakan bayaran yang agak tinggi apabila sampai didestinasi.
Adalah lebih sihat kiranya kami menggunakan kudrat yang ada untuk mengelilingi
Saigon…
Lokasi Saigon Cental Post Office |
Melalui Taman Rekreasi (Lebih redup) |
Saigon Central Post Office |
dalam bangunan post office |
Seterusnya melangkah balik ke District 1,
untuk operasi menjelajah pasar Ben Tanh. Cho Ben Tanh… pasar yang agak besar
dan sesak dengan kedai-kedai yang bersebelahan yang terdiri daripada beberapa
bahagian… bahagian kain, souvenier, baju sejuk, dll. Pening nak berjalan dalam
bangunan ni ditambah pula dengan para peniaga yang pantang orang lalu duk cakap
cheap..cheap. Nak masuk dalam ni kena kental dan pandai tawar-menawar. Akhirnya
aku cuma rembat baju sejuk dengan harga RM55.00. Walaupun kurang berkenan,
terpaksa ambil juga memandangkan peniaganya dah mula marah-marah dalam bahasa
yang tidak kami fahami. Itulah kali pertama dan terakhir memasuki Cho Ben Tanh.
Lebih selesa mencari kain pasang, telekung, baju kurung, souvenier di luar bangunan
Cho Ben Tanh. Peniaganya lebih mesra pelanggan.
Dalam perjalanan kami singgah di Rohani
Collection untuk beli jubah ala jubahsouk dengan harga RM65 je tau. Di Malaysia,
jubbahsouk dijual sekitar RM180.00. Menyesal rasanya tak beli untuk diri sendiri.
Jubah di Rohani Collection |
Seterusnya singgah di Restoran Amin untuk
makan tengahari + makan petang. Dari segi harga dan keenakkannya, restoran ini
paling win. Seperti biasa Cik Bulan dengan
nasi ayam nyer..sebab dia suka sgt sup sayur yang dihidangkan bersama nasi
ayam. Nasi ayamnya adalah nasi putih yea. Dan kopi ais menjadi pilihan kami.
Aktiviti malamnya pula menghabiskan baki
duit yang ada di pasar malam berdekatan hotel.
Telekung di Mousa Karem |
Baju kurung siap - RM90.00 |
Jam sudah menunjukkan pukul 11:00pm dan
kami harus balik ke hotel untuk packing
barang, timbang barang dan wrapping
beg sesiap memandangkan esok pagi kami kena bergerak awal ke airport. Wrapping beg di Saigon Pink 2
Hotel, si Tomok (petugas lelaki hotel yang kacak lagi sangat fasih berbahasa
Melayu) ambil bayaran RM10/beg
berbanding jika wrapping di airport
RM17/beg.
Badan pun dah letih, kena simpan tenaga untuk esok... kita tidow duluu.......
Hari terakhir di HCMC : Day 4
No comments:
Post a Comment