Lepas
sarapan pagi dengan bekalan roti, tart nenas, milo dan biskot, kami set hari ni
nak pi cari An Travel tok ke Sungai Mekong bagi trip keesokannya. Oleh kerana
kami ala2 backpacker, kami pergi cari sendiri Travel agent yang kami email
waktu di Malaysia lagi. Kami sampai di depan An Travel Agensi pada jam 7.45pg dan memang rezeki kami
berpagi-pagian, ada tempat kosong dalam bas untuk 2 orang bagi pakej Mekong Delta - My Tho and
Ben Tre dengan bayaran USD9 (RM38.25).
|
Sarapan pagi dengan bekalan sendiri |
|
An Travel |
Bagi yang ingin berhubung dan mengetahui pakej yang ditawarkan oleh An Travel boleh ke website ini http://www.antravel.com.vn/
TRAVEL COMPANY LIMITED ENGLAND AS
ANTRAVEL
165 Pham Ngu Lao - P.Pham Ngu Lao - District 1 - Ho Chi
Minh City
Phone: (848) .38374.916 E-mail: anhnhutravel@yahoo.com.vn
Website: www. antravel.com.vn
Hotline:
091 39 10 983 (Mr.Hai) - Tax code: 0309117187
|
Resit |
Kami
menunggu bas dalam 20min. Bas tu sebenarnya pergi ambik pelancong di kawasan
Benth Than. Kiranya kami berjalan kaki tu sebagai warm-up la sebelum merempuh
perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 2 jam 30 min ke Delta Mekong aka
Sungai Mekong yang SubahanAllah sangat la luasssssss mata memandang.
|
Comel pulop dia susun makanan setinggi tu |
|
Bas yang digunakan... Cantik lagi bersih |
Dalam
perjalanan, bas berhenti di Mekong Rest Stop selama 20 min untuk pelancong ke tandas dan minum2. Di sini kami cuma
beli kitkat (halal Malaysia), pisang, air mineral dan tisu bagi mengalas perut. Segala
bekalan roti, biskut semuanya tertinggal di bilik hotel.
|
Mekong Rest Stop |
Di
jeti Mekong Delta juga terdapat beberapa gerai yang menjual cenderahati seperti
beg, topi, t-shirt, Fridge Magnet, dll. Dari segi harga, tidak pula diketahui
mahal/ murah sebab tak sempat nak tinjau harga.
|
Jeti Sungai Mekong |
Dari
jeti, kami menaiki motor bot yang boleh memuatkan semua penumpang. Tempat yang
dilawati adalah Dragon island, Unicorn Island, Phoenix Island, Turtle Island. 1st
stop adalah di Unicorn Island yang
mengusahakan madu lebah. Tetamu turut dihidangkan madu yang dicampur dengan
limau kasturi,teh dan royal madu. Sesuai sangat dengan kami yang selsema dan
batuk. Madu asli di sini dijual dengan harga RM20 (500ml)
|
Unicorn Island |
|
Cuaca mendung seketika |
|
Tourist Guide dari An Travel |
Seterusnya
menjelajah ke tempat perusahaan gula2 yang dibuat dari kelapa dan gula Melaka. Juga
terdapat gula-gula kelapa yang telah siap bungkus untuk dijual.
|
Hand Made Cocunut Candy |
|
Coconut Candy yang dijual |
Kemudian,
di 3rd stop berpindah pula ke sampan kecil (aku panggil sampan kolek) yang memuatkan 4 orang
penumpang + 2 tukang dayung. Risau juga sebab traffic kat sungai tu jadi sesak
dengan sampan kecil yang berlaga/ bergesel. Masa naik sampan ni pastikan tangan
korang didalam sampan bagi memastikan keselamatan jari jemari korang. Penumpang
juga diberikan topi tradisional yang digunakan rakyat Vietnam.
|
menyusuri Sungai Mekong |
|
trafik di sungai sama macam trafik di darat, HCMC |
|
seronok sangat sampai ternganga mulut |
Seterusnya
dibawa ke satu tempat (lupa nama) dan disajikan dengan buah-buahan tempatan dan
nyanyian oleh penduduk tempatan diiringi dengan alat musiz tradisional. Mula
dia nyanyi lagu guna bahasa diorang memang kita tak paham... Last tu diorang
nyayikan lagu ‘kalau anda gembira..hahah..apa lagi kami join la tepuk tangan
reramai.
|
Nyanyian lagu tradisional |
And the last station for this trip, kami dibawa ke restoran yang agak
terpencil untuk makan tengahari (disediakan percuma) dengan menaiki kereta kuda
dari jeti sampan kolek. Bagaimanapun aku dan Cik Bulan serta beberapa orang Islam
yang join trip tue memilih untuk tidak makan.
|
Kuda ku gagah berlati |
|
Restoran dalam kampung |
Bagi
menghargai diri yang sudah seharian tidak menjamah nasi, maka kami telah
menjamu di Restoran Hj Osman dengan Kopi Ais dan Nasi Goreng Nenas serta Nasi
Goreng Pattaya dan juga popia Vietnam.
|
Popia Veitnam |
Dari
restoran berpindah pula ke bot kecil dan seterusnya ke bot besar untuk balik ke jeti
permulaan. Begitu terasa kepenatan dengan aktiviti bertukar bot dari satu
tempat ke tempat lain ditambah pula dengan perut yang minta diisi. Pergerakan
balik dengan bas jam 03:45pm dan tiba di dua hentian (pejabat An Travel & Ben
Tanh) jam 06:00pm.
|
Mekong Delta Trip |
Di
sebelah malamnya pula adalah aktiviti mengosongkan poket seluar di pasar malam
Ben Tanh yang cukup meriah. Pasar ini bermula jam 08.00pm hingga 12:00am (setiap
hari). Gunakanlah segala kuasa / kemahiran anda untuk tawar-menawar. Inilah hasil tangkapan kami untuk hari kedua...
|
sekitar Ben Tanh |
|
Penguatkuasa Vietnam berbaju Hijau |
|
Beg Deuter (small) - RM10 |
|
6x Pencil Box - 100.000vnd |
|
1x Beg - RM10 |
|
6x FM - RM5 |
Dan
seperti biasa, sebelum balik ke hotel singgah sebentar di Restoran Hj Osman
untuk makan lewat malam (11:00pm) dengan Phoo Mee Vietnam yang tersohor sebagai penutup untuk malam itu.
p/s :
1) Makanan di Restoran Halal HCMC agak mahal dan banyak terdapat di sekitar hotel Ben Tanh yang menjadi tumpuan rakyat Malaysia (mencari yang halal itu wajib).
2) Rugi rasanya jika ke HCMC tidak merasai trip ke Mekong Delta dan menyusuri sungai serta bertukar-tukar bot. Semuanya ditanggung oleh agen (minum madu, makan buah-buahan, dihiburkan dengan beberapa buah lagu tempatan, naik kuda, naik sampan kolek dan juga makan tengahari. Tidak menjadi masalah untuk lunch bagi Muslim yang menyertai pakej Muslim).
3) Boleh berbelanja menggunakan Ringgit Malaysia.
Pakej 9usd tu untuk 1 orang ke utk 2 org sis?
ReplyDeleteuntuk seorang. itu yg paling murah antara yg lain2 km survey
Deleteuntuk seorang. itu yg paling murah antara yg lain2 km survey
DeleteSis...mcm mana dr hotel nak ke an travel tu?senang ke cari?
ReplyDeleteSis...mcm mana dr hotel nak ke an travel tu?senang ke cari?
ReplyDeleteSis...mcm mana dr hotel nak ke an travel tu?senang ke cari?
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
Deletemudah je nk cari. kami jalan kaki je dr hotel.
DeleteSis,bg wasap sy bleh?0127926265
DeleteSalam. Sis.. Mmg duit kena tukar usd ke? Kalau kita hanya tukar duit dong je diorg xnak terima?
ReplyDelete