Friday 27 November 2015

BILL CELCOM MEROKET.....

Perkhidmatan rangkaian Celcom Pelan Power 48 (P48) telah diaktifkan pada 20/04/2012 dan telahpun tamat kontrak pada 20/04/2014 (2 tahun) dan masih setia menggunakannya sehingga kini. 

November 2015, semakan bil secara online dibuat. Bagaimanapun sangat terkejut dengan jumlah bil yang perlu dibayar. Kali pertama, terima bil Celcom yang meroket naik selama 3 tahun 7 bulan servis. Nasib tak pitam.

Penggunaan bil bulanan Celcom adalah sekitar RM20.00 hingga RM150.00. Namun setelah melanggan Pelan First Basic 38 (Jun 2015) dari Celcom juga pada smartphone berlainan, penggunaan bil P48 juga telah berkurangan. 

Bagaimanapun, itu tidak berlaku bagi bil bulan November 2015 di mana bil telah mencecah RM3++ sedangkan bil bulan lepas (Oktober 2015) cuma berjumlah RM19.85. Peningkatan sebanyak 1550% (betul ke haa). Malah had kredit yang telah ditetapkan hanyalah RM200.00. Hasil semakan pada bil, caj sebanyak RM250 telah dikenakan ke atas penggunaan data (3G). Macam mana boleh berlaku? Sedangkan Data Mobile dioffkan.

Jadi, Celcom telah dihubungi melalui emel bagi memohon penjelasan. Dukacita, tiada maklumbalas dari Celcom setelah 4 hari berlalu. Malah talian juga telah disekat.


Oleh itu, dipanjangkan aduan ini ke CFM (Communicaton & Multimedia Consumer Forum of Malaysia) secara online di http://www.complaint.cfm.org.my. Maklumbalas yang diberikan ialah 'anda tidak dapat diberikan rebat di atas penggunaan data'. Sedangkan aku mohon penjelasan dan maklumat terperinci penggunaan data.

Tak berpuas hati...... dipanjangkan pula aduan ini ke pihak SKMM (Suruhanjaya Komunikasi & Mutimedia Malaysia) melalui emel  ke http://aduan.skmm.gov.my


Kali ini, berpuas hati dengan penjelasan lanjut yang diberikan oleh pihak Celcom beserta maklumat terperinci penggunaan data. Dan yang paling menggembirakan ialah Celcom telah memberikan rebat sekali sahaja sebanyak RM250.00 di atas penggunaan data. Oleh itu caj yang dibayar hanyalah untuk penggunaan SMS dan panggilan sahaja berjumlah RM43.50.

Malah keinginan untuk menamatkan servis P48 sebelum ini juga terbantut dan sehingga kini masih setia dengan pelan ini memandangkan ianya pelan yang hanya ditawarkan kepada jabatan/organisasi tertentu sahaja.

TERIMA KASIH CELCOM....

p/s : Namun jika kejadian yang sama berulang lagi, pelan ini akan ku lambung ke langit.........


KES SELESAI

No comments:

Post a Comment