Memandangkan
aku dan Cik Bulan berada nun jauh di Pantai Timur, kami telah bertolak ke Kuala
Lumpur sehari awal iaitu pada Hari Deevali (10hb) dan lojing di Dengkil. Kami
bergerak ke KLIA2 selepas Subuh dan sarapan pagi di Bumbu Desa.
|
Sarapan Pagi di KLIA2 |
|
HCMC... Mung tunggu aku datang!!!!! |
|
SubhanAllah |
Perjalanan ke Vietnam ini mengambil masa selama 2 jam 15 minit. Berlaku perbezaan waktu di HCMC dimana waktu di sana awal sejam berbanding di Malaysia. Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Tan Son Nhat (SGN) jam 11:15am waktu Malaysia/
10:15am waktu Vietnam, kami disambut dengan bas Airport memandangan tempat pendaratan AirAsia agak jauh dengan pintu masuk.
|
Yeay... Bas ada, tak perlu jalan kaki |
Sebelum keluar dari pintu airport, kami mecari kedai yang menjual simkad bagi menghubungi keluarga memandangkan kami tidak membuat roaming dengan talian sedia ada. Terdapat 4 major GSM network operator di Vietnam yang dijual airport seperti Vinaphone, Viettel, Mobifone dan Vietnamobile. Kami memilih untuk membeli Vinaphone dengan harga 92.000vnd (RM18.30) hanya untuk penggunaan data. Manakala bagi penggunaan pangilan telefon dan juga sms aku telah menggunakan servis Voopee dan OneXox yang auto roaming sangat-sangat menjimatkan.
Ada
2 cara untuk ke hotel, samaada dengan menaiki taxi Vinasun/ MaiLinh dengan
tambang VND150.000–VND200.000 (RM25.00–RM30.00) atau dengan menaiki bas biru
putih bernombor 152 yang menunggu di depan Burger King sebaik keluar dari pintu
airport. Tambang bas 152 yang dikenakan adalah sebanyak VND5.000 (RM0.90). Perjalanan
menaiki bas/ taxi ini mengambil masa selama 15 minit – 30 minit dengan jarak
perjalanan dalam 7km – 8km.
|
Bas 152 di hadapan Burger King untuk ke Ben Tanh |
Sudah
semestinya kami memilih untuk menaiki bas lagi menjimatkan. Maklumlah bagpacker. Cuma kami berdua warga
Malaysia di dalam bas. Jangan terkejut jika anda dikenakan tambang satu tempat
duduk bagi bagasi yang dibawa. Sebaik tiba di perhentian bas Ben Tanh, kami
dimaklumkan oleh konduktor terbabit.
|
Rupa HCMC |
|
Motosikal sebagai pengangkutan utama penduduk HCMC. Daa macam semut atas jalanraya |
Dari
perhentian bas Ben Tanh, kami melintas jalan menuju ke Saigon Pink 2 Hotel. Aku
terus menunjukkan reservation booking yang telah dibuat dengan kadar RM345/ USD81 (3 Malam) walaupun ketika itu baru jam
12:00pm. Kami
menunggu sehingga jam 14:00 untuk check in. Petugas telah meminta kami untuk menyerahkan passport kepada
mereka semasa check-in. Walaubagaimana pun Cik Bulan telah bertanya kepada
petugas tersebut ‘Is that ur hotel policy to hold the customer passport’ dan
akhirnya passport dipulangkan semula kepada kami. Hehehehe…. Adalah lebih baik
untuk kami memegang sendiri passport.
|
Website Saigon Pink 2 Hotel |
|
Kadar Bilik pada 11.11.2015. Untuk bilik Deluxe-double kami booking dengan kadar 27usd/night |
|
Menunggu di Lobi Hotel |
Setelah
merehatkan diri seketika di bilik, kami keluar mengisi perut dengan Kopi Ais
dan Nasi Ayam di Restoran Amin berhadapan Sai Gon Pink 2 Hotel je dan berjalan di sekitar hotel/ pasar malam Ben
Tanh sehinggalah hujan turun.
|
Hotel kami di tengah-tengah. Alagon Hotel (Dulunya Ho Hai Long 2 Hotel) |
|
Lokasi hotel sangat berdekatan dengan Pasar Ben Tanh |
*p/s : Keadaan jalan raya di sini agak sibuk dan bersimpang siur dengan ketiadaan traffic light di sesetengah kawasan. Namun pemandunya saling bertolak ansur, tiada kemalangan yang berlaku. Bagi yang ingin melintas jalan gunakan lintasan belang dan melangkahlah dengan selamba......
Seterusnya HCMC : Day 2
No comments:
Post a Comment