Saturday 8 June 2013

MS EXCEL - Tukar Text Ke HURUF BESAR / kecil / Proper



Tips ini untuk kawanku yang mengalami user key-in data dalam HURUF BESAR dan huruf kecil. So, dia terpaksa menukar data-data tersebut ke standard format? Takkan nak tukar data tu satu persatu!!!!! Hadoiiii.. bila nak siap kalau ada beribu data yang perlu diselaraskan formatnya? Contoh huruf data yang bercampur HURUF BESAR dan huruf kecil seperti di bawah;


Sebenarnya ada cara yang boleh dilakukan untuk selaraskan huruf-huruf tersebut iaitu dengan menggunakan function seperti berikut: 
UPPER( )- menukar kandungan cell kepada HURUF BESAR.
lower( ) - menukar kandungan cell kepada huruf kecil. 
Proper( ) – menukar kandungan cell kepada Huruf Besar Pada Awal Perkataan.
Ikuti langkah-langkah di bawah;
(Contoh di bawah ni ialah saya nak tukarkan semua huruf kepada HURUF BESAR)

BAHAGIAN PERTAMA

1) Pergi ke cell yang ingin dikeluarkan outputnya

2) taip '=UPPER(cell) untuk HURUF BESAR, =lower(cell) unuk huruf kecil, = Proper(cell) untuk Huruf Besar Pada Awal Perkataan' di output cell

3) copy formula tersebut kepada output cell yang lain

4) Siap bahagian pertama untuk selaraskan semua huruf tue tanpa perlu tukar secara manual iaitu tak perlu taip satu persatu. 

5) So pergi ke bahagian kedua pula untuk copy output cell tadi dan seterusnya paste special pada cell asal . Lepas tu boleh lah buang output cell tadi. Fahammmmmmmmm..... Cuba dulu yer..

BAHAGIAN KEDUA

6) Copy output cell yang telah ditukarkan semuanya iaitu cell C 

7) Paste special di cell B (paste special tau.. bukan paste biasa). Akan keluar popup seterusnya tick pada 'value' then tekan ok

8) Then, bolehlah delete Output Cell C tadi.

SELAMAT MENCUBA =)


9 comments:

  1. sangat membantu. mudah faham. terima kasih.

    ReplyDelete
  2. terima kasih..sangat bermanfaat

    ReplyDelete
  3. sangat membantu..terima
    kasih..

    ReplyDelete
  4. Terima kasih...Ilmu yang bermanfaat

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum, saya nk minta tolong, mcm mana nk buat, "23L" akan jadi "TBL2F#3L" yg mana "23L" itu akan sentiasa berubah², contohnya akan jadi, "112R" jadi "TBL1F#12L" yg tidak berubah cuma "TBL F# " boleh tak kalau nk buat mcm ni, terima kasih

    ReplyDelete