Thursday 6 June 2013

Air Terjun Di Dunia


Kawasan air terjun sememangnya merupakan antara kawasan yang menjadi tempat tumpuan ramai dan sentiasa menjadi kawasan perkelahan. Antara air terjun menarik di dunia, jom cekidautt!!


1) 
Kaieteur Falls, Guyana


Terletak di Potaro River, Guyana, ianya sebuah air terjun yang unik sebab berbentuk segi empat tepat dan merupakan salah satu air terjun tertinggi di dunia, Ianya setinggi 741 kaki dengan kelebaran mencecah 370 kaki.Bukan tu je, air terjun nie  terletak di kawasan yang masih lagi terpelihara dari sebarang penerokaan. 


2) Dettifoss,Northeast Iceland


Merupakan sebuah air terjun unik dari Iceland. Ianya adalah antara air terjun di Eropah yang paling berkuasa. Ianya mampu mengalirkan salji yang cair atau glasier. Ianya jugak macam air terjun Kaieteur iaitu masih lagi terpelihara keasliannya.Air terjun nie merupakan gabungan dari 3 air terjun yang mengalir dari sebuah sungai yang sama dan dianggap sebagai Grand Canyon Iceland. Hmm.. Dengar Grand Canyon pun dah tau memang sangat besar dan dalam.

3) Gullfoss, Canyon, Southwest Iceland.

Air terjun nie bersaiz luar biasa besarnya dan merupakan salah satu kebanggaan rakyat Iceland.Airnya adalah dari sungai Hvita dan menariknya, pelangi mudah terbentuk di setiap sudut air terjun nie.


4) Sutherland


Air terjun dengan ketinggian 580 meter nie terletak di Fiordland National Park, New Zealand dan turut tersenarai dalam World Heritage Area dari UNESCO kerana keindahan semulajadinya. Kawasan air terjun nie terletak di Milford Track, iaitu kawasan penjelajahan pejalan kaki terbaik di dunia. Sesiapa yang berkunjung di New Zealand wajib lawat kawasan nie.

5) Yosemite, California, United States

Air terjun Yosemite, Amerika Syarikat nie adalah antara air terjun yang ikut mood. Sebabnya bukan selalu ianya mengalir cantik dan mengikut pengalaman mereka-mereka yang melawat kawasan nie, pada musim bunga barulah air terjun Yosemite nie akan mengalir dengan baik dan aliran airnya adalah setinggi 2,425 kaki dan kalau  pergi melawat masa musim salji, cuma akan nampak air sungainya yang membeku saje. Ianya terletak di California dan merupakan tarikan pelancong dan senang nak mengunjungi kawasan nie.

6) Angel Falls, Venezuela.

Dengan namanya yang curlass nie, ianya jugak melambangkan beberapa misteri di sebalik air terjun nie. Yang pertamanya, air terjun nie mengalir dengan relax tanpa gangguan dan keduanya ia mengalir dengan ketinggian setinggi 807 meter dari sebuah gunung dengan permukaan rata.Ada sesetengah pihak beranggapan hal nie tak logik namun ianya adalah realiti dan tidak senang untuk meneroka air terjun nie. Tambahan pulak kawasan air terjun nie selalu ditutupi awan yang dikenali sebagai Tepuy.  Menarik, kan?

7) Plitvice Lakes National Park, Croatia

Sebuah kawasan air terjun yang tersangat la cantik terletak di utara Dalmatia, Croatia. Apa yang menarik adalah air terjun nie bukan mengalir tunggal tapi terdiri dari beberapa air terjun yang mengalir dari tempat dan ketinggian yang berbeza. Air-air terjun menghasilkan beberapa kolam yang airnya cukup jernih dan berwarna-warni.Ianya terkenal sebagai destinasi pelancongan dan kerajaan Croatia mengambil inisiatif membina ruang pejalan kaki yang membolehkan para pengunjung berjalan di bawah, di tepi dan di atas kawasan air terjun nie. Terbaekk!!

8) Niagara, Canada

Air terjun nie sape yang tak pernah dengar memang pelik la. Terletak di Ontario, Amerika Syarikat, ianya merupakan air terjun terbesar di dunia dengan kekuatan air mencecah 2.8 juta liter sesaat!!Walaupun kawasan sekelilingnya takde la cantik manapun tapi dengan kehebatan air terjun nie, ianya dahpun melayakkan air terjun nie sebagai salah satu kawasan paling menarik di dunia.

9) Victoria Falls, Zambia & Zimbabwe Border

Air terjun tunggal terbesar di dunia dengan luas bidang sejauh 1.7 kilometer dan setinggi 108 meter nie terletak di Zambia.Ianya mengalirkan 1 juta gelen air sesaat secara purata dan juga merupakan kawasan semulajadi yang diiktiraf oleh UNESCO.

10) Iguazu, Argentina

Air terjun yang terletak di Argentina nie mengalir selaju 1.3 juta liter sesaat dengan kecuraman sejauh 2 kilometer dan terbentuk dari 275 air terjun kecil.Kawasan air terjun nie memang menakjubkan dan menarik untuk dikunjungi. 
File:Iguacu-004.jpg

(Kredit : MiG Online)

No comments:

Post a Comment