Sunday 2 June 2013

Amazing Place (1)


1) Great Blue Hole, Belize


Great Blue Hole merupakan salah satu keajaiban alam semulajadi. The Great Blue Hole terletak di Belize Barrier Reef Reserve System, jaraknya kira-kira 60 batu dari Belize City. Ia merupakan lubang di dalam lautan yang paling besar di dunia! Kedalamannya sekitar 125 meter dan lebarnya sekitar 300 meter. Lubang ini dibuat disebabkan peningkatan paras air laut 65,000 tahun yang lalu. 


2) Wisteria Tunnel at Kawachi Fuji Gardens, Kitakyushu, Japan 

Wisteria Tunnel atau dalam Bahasa Melayu’nya Terowong Wisteria terletak di Kawachi Fuji Gardens di Kitakyushu, Jepun. Apa yang menarik dengan terowong ini ialah adanya pokok-pokok bunga berlainan warna yang tergantung dan kelihatan seperti sebuah taman. 
The Wisteria Flower Tunnel at Kawachi Fuji Garden


3) Machu Picchu, Peru

Machu Picchu bermaksud, ‘kemuncak tua’ dalam bahasa Quechua, berada 2,400 meter dari aras laut. Bandar struktur ukiran batu abad ke-15, Inca yang dibina di pergunungan tinggi Andean di tenggara Peru diperkenalkan kepada dunia oleh pengembara Amerika Syarikat, Hiram Bingham.


4) The Maldives
Pulau Maldives terletak ditengah lautan berdekatan India dan Sri Lanka. Pulau ini adalah menjadi satu destinasi pelancungan untuk pasangan berbulan madu. Dengan kemudahan tanpa visa selama 30 hari, Maldives membuka pintunya lebar-lebar sebagai destinasi pelancungan dan bulan madu yang makin dikenali. Bahkan Tom Cruise dan Katie Holmes menikmati bulan madu mereka di salah satu resort di Maldives.




5) Ice Canyon

Ice Canyon yang terletak di Greenland ini terbentuk oleh Meltwater dan ianya sedalam 150 kaki (45 meter).
ice canyon


6) Tunnel of Love – Old train tunnel in Kleven, Ukraine 


Terowong yang dikelilingi dengan pokok gergasi ini terletak di Kleven, Ukraine dan suatu ketika dahulu ianya adalah sebuah terowong kereta api. Kenapa dipanggil terowong cinta? Ianya hanyalah gelaran yang diberi oleh penduduk tempatan kerana ianya tempat yang popular dilawati oleh pasangan yang sedang bercinta dan juga suami isteri.

No comments:

Post a Comment