Sunday, 26 May 2013

Jalan Raya Pelik Di Dunia


Di seluruh dunia, terdapat juga jalan-jalan raya yang pelik dan rumit.  Ada yang terlalu sempit,  berliku-liku serta bertingkat-tingkat.  Berikut adalah beberapa jalan raya yang pelik, antaranya:

1.  Jalan Raya Paling Banyak Susur
The Judge Harry Pregerson Interchange terletak di Los Angeles, Amerika Syarikat. Jalan raya tersebut dibuka pada tahun 1993, juga dikenali sebagai susur yang paling rumit. Jika dilihat pada gambar, kelihatan jalan raya tersebut begitu rumit kerana  terdapat banyak pertukaran susur jalannya.  Keadaan sebegitu jika tersilap langkah pasti tersasar haluan dan memeningkan kepala.  Terdapat empat lapis jalan untuk  masuk dan keluar. Namun, dengan kewujudan jalan raya ini perjalanan berjalan dengan lancar. Susur pertukaran ini dinamakan bersempena nama seorang Hakim Persekutuan yang terkenal iaitu Harry Pregerson,  yang mempengerusikan tuntutan mahkamah mengenai pembinaan lebuh raya.
jln1
2.  Col de Turini, Perancis
Jalan raya yang curam ini terletak lebih daripada 1 kilometer daripada atas paras laut. Jalan ini mengambil  nama sebuah gunung iaitu Col de Turini  yang terletak di selatan Perancis.  Jalan ini merupakan salah satu jalan yang paling menarik di dunia. Jalan raya ini juga memperlihatkan suasana pemandangan yang indah sebenarnya seperti sungai  dan pokok-pokok yang menjulang tinggi.  Namun, jika terlalu asyik memerhatika pemandangan, bahaya juga menanti kerana gaung yang dalam sedia menunggu!.
jln_france

3.  Bulatan paling mengelirukan


England, terdapat bulatan  terbesar yang dibina pada tahun 1972 di mana bulatan ini mengandungi 5 bulatan mini pula di kelilingnya.  Kepada para pemandu yang masih baru, andai kata tersesat di bulatan tersebut, haruslah kepala akan pening!.  Silap-silap habis minyak atas jalan.

jln3

4.  Jalan Raya Paling Berliku-liku 

Ini pula tentang Lombard Street yang merupakan jalan paling bengkang-bengkok di dunia. Jalan ini terletak di San Francisco. Kelajuan maksimum bagi kenderaan hanyalah selaju 5 mph. Jarak antara selekoh pula hanya 1 meter!. Istimewanya jalan ini hanya boleh dipandu dalam 1 arah sahaja iaitu arah menurun. Di sebelah jalannya pula terdapat rumah-rumah yang mahal milik individu berkedudukan.
jln2

5.  Stelvio Pass, Itali


Jalan yang unik ini pula terletak di Eastern Alps di Itali.  Jalan Pas Stelvio ini menghubungkan Valtellina ke Merano dan Lembah Adige.  Jalan ini mengambil sebahagian permukaan gunung pada ketinggian sekitar 1.7 kilometer daripada paras laut. Jalan raya ini amat mencabar untuk para pemandu kerana terdapat sebanyak 48 selekoh tajam dan beberapa bahagian jalan menjadi sangat sempit dan sangat curam.

Dengan ketinggian 2,757 meter ianya menjadi jalan di pergunungan berturap tertinggi di Alps Timur. Walaupun jalan raya curam ini  bukanlah yang paling berbahaya namun yang pasti ianya menakjubkan.
jln_stelvio-pass

6.  The Road of Death, Bolivia

Jalan raya yang amt curam ini dikenali sebagai El Camino de la Muerte atau pun ‘Jalan Kematian’ dalam bahasa Sepanyol).  Jalan raya sepanjang 43 kilometer ini menghubungkan La Paz dan Coroico, iaitu 35 kilometer timur laut La Paz di Bolivia. Terkenal dengan jalan paling berbahaya di dunia di mana ianya di bina pada tahun 1995 oleh Bank Pembangunan Antara Amerika.


Jika dalam keadaan berkabus dan hujan boleh membuat penglihatan begitu merosot selain permukaan jalan berlumpur seterusnya batu-batuan boleh jatuh dari lereng-lereng bukit pada bahagian atas. Adalah dianggarkan bahawa 200-300 pelancong telah terbunuh setiap tahun di jalan raya ini.  Bagi yang inginkan cabaran memandu, bolehlah mencuba di jalan raya yang amat curam ini.
road-of-death
7.  Trollstigen di Norway

Antara jalan raya yang paling unik di Norway adalah Trollstigen yang merupakan siri jalan-jalan yang menakjubkan dengan pemandangan yang cantik sepanjang laluannya. Trollstigen bermakna Ladder Troll. Jalan raya ini tidak begitu selamat di mana ianya memerlukan banyak penumpuan dan kemahiran memandu untuk melaluinya.


Jalan yang sempit dan berbahaya ini tetap menjanjikan pemandangan yang indah dan menakjubkan. Kadang kala turut berlaku batu-batu berjatuhan dari atas gunung dan meningkatkan kepada purata kemalangan jalan raya.
jln_norway

jln_norway2

8.  Terowong Guoliang, China


Jalan terowong ini nampak indah dan terletak di Gunung Taihang.  Jalan berterowong ini telah dibina oleh 13 orang penduduk tempatan yang diketuai oleh ketua mereka iaitu Shen Mingxin.  Jalan ini mengambil masa kira-kira lima tahun untuk disiapkan.  Terdapat penduduk kampung yang menemui maut semasa pembinaan terowong ini.


Akhirnya, terowong itu dibuka kepada lalu lintas pada 1 Mei, 1977.  Terowong yang panjangnya 1,200 meter adalah kira-kira 5 meter tinggi dan 4 meter lebar.  Laluan ini terletak di Wilayah Henan China. Terowong Guoliang adalah satu lagi tambahan kepada jalan yang paling berbahaya dan rumit untuk sesiapa sahaja. Jalan ini mendapat julukan sebagai “jalan yang tidak akan bertolak ansur atas sebarangkesilapan”.  Kebanyakan kemalangan berlaku di dalam terowong terutamanya disebabkan oleh kecuaian para pemandu yang merangkap pengembara. Walau bagaimanapun, ianya adalah salah satu laluan yang amat indah dan menjadi destinasi utama di peta pelancongan Cina.


terowong_guoliang


Guoliang-Tunnel


Guoliang-Tunnel-3

(Sumber : bicarasantai)

No comments:

Post a Comment