Hassan Ahmad Abdul Rahman Muhammed al-Banna (Arab atau Jawi: حسن أحمد عبد الرحمن محمد البنا) atau ringkasnya Hassan al-Banna adalah pendakwah, reformis sosial dan politik Mesir dan pengasas gerakan Ikhwanul Muslimin. Pada usia 12 tauhn, beliau sudah menghafal al-Quran. Beliau menyertai kumpulan Latihan Akhlak dan Jemaah al-Suluka al-Akhlaqi di sekolah. Beliau rajin menghadiri majlis-majlis zikir pimpinan al-Ikhwan al-Hasafiyyah. Pada usia 23 tahun, beliau menubuhkan gerakan Ikhwan Muslimin di bandar Islamailiyyah pada Mac 1928. Hasil kegigihan beliau, gerakan dakwah beliau mendapat sambutan di Mesir dan di setiap pelusuk negara-negara Islam. Pada tahun 12 Februari 1949 beliau meninggal dunia setelah ditembak mati oleh seorang pembunuh upahan arahan sulit kerajaan Mesir ketika itu.
(Sumber : Wikipedia, ensiklopedia bebas - http://ms.wikipedia.org/wiki/Hassan_al_Banna)
No comments:
Post a Comment