Monday, 27 May 2013

Sungai Di Dasar Laut



 Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan); yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.”
(Al Furqan 25:53) 
Jika kamu termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV 'Discovery' pasti kenal Mr. Jacques Yves Costeau, dia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke pelbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.
Mr. Jacques Yves Costeau
Pada suatu hari, ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba dia menemui beberapa kumpulan mata air tawar yang segar dan sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.
Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan); yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi." - Surah Al-Furqan (Ayat 53)
Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Dia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinasi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun dia masih belum menemui jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.
Sehingga suatu hari dia bertemu dengan seorang profesor muslim, kemudian dia menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al-Quran tentang bertemunya dua lautan (Surah Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering dikaitkan dengan Terusan Suez . Ayat itu berbunyi:-
"Dia biarkan dua lautan bertemu." - Surah Ar-Rahman (Ayat 19)
"Di antara keduanya ada sempadan yang tidak boleh ditembus" - Surah Ar-Rahman (Ayat 20)
Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al-Quran itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Quran ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman yang mana belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera.
Berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam benar-benar suatu mukjizat. Akhirnya terbukti pada abad 20, Mr. Costeau berkata bahawa Al Quran memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannya adalah benar belaka.
Rasulullah s.a.w. berkata,
"Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air".
Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?"
Rasulullah s.a.w. berkata, "Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran."
Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita , Mexico . Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air masin, lalu anda dapat melihat sebuah "sungai" di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.
Setengah pengkaji mengatakan, ia bukanlah sungai biasa, ia adalah lapisan hidrogen sulfida, nampak seperti sungai. Luar biasa bukan? Lihatlah betapa hebatnya ciptaan Allah SWT.


Sunday, 26 May 2013

Jalan Raya Pelik Di Dunia


Di seluruh dunia, terdapat juga jalan-jalan raya yang pelik dan rumit.  Ada yang terlalu sempit,  berliku-liku serta bertingkat-tingkat.  Berikut adalah beberapa jalan raya yang pelik, antaranya:

1.  Jalan Raya Paling Banyak Susur
The Judge Harry Pregerson Interchange terletak di Los Angeles, Amerika Syarikat. Jalan raya tersebut dibuka pada tahun 1993, juga dikenali sebagai susur yang paling rumit. Jika dilihat pada gambar, kelihatan jalan raya tersebut begitu rumit kerana  terdapat banyak pertukaran susur jalannya.  Keadaan sebegitu jika tersilap langkah pasti tersasar haluan dan memeningkan kepala.  Terdapat empat lapis jalan untuk  masuk dan keluar. Namun, dengan kewujudan jalan raya ini perjalanan berjalan dengan lancar. Susur pertukaran ini dinamakan bersempena nama seorang Hakim Persekutuan yang terkenal iaitu Harry Pregerson,  yang mempengerusikan tuntutan mahkamah mengenai pembinaan lebuh raya.
jln1
2.  Col de Turini, Perancis
Jalan raya yang curam ini terletak lebih daripada 1 kilometer daripada atas paras laut. Jalan ini mengambil  nama sebuah gunung iaitu Col de Turini  yang terletak di selatan Perancis.  Jalan ini merupakan salah satu jalan yang paling menarik di dunia. Jalan raya ini juga memperlihatkan suasana pemandangan yang indah sebenarnya seperti sungai  dan pokok-pokok yang menjulang tinggi.  Namun, jika terlalu asyik memerhatika pemandangan, bahaya juga menanti kerana gaung yang dalam sedia menunggu!.
jln_france

3.  Bulatan paling mengelirukan


England, terdapat bulatan  terbesar yang dibina pada tahun 1972 di mana bulatan ini mengandungi 5 bulatan mini pula di kelilingnya.  Kepada para pemandu yang masih baru, andai kata tersesat di bulatan tersebut, haruslah kepala akan pening!.  Silap-silap habis minyak atas jalan.

jln3

4.  Jalan Raya Paling Berliku-liku 

Ini pula tentang Lombard Street yang merupakan jalan paling bengkang-bengkok di dunia. Jalan ini terletak di San Francisco. Kelajuan maksimum bagi kenderaan hanyalah selaju 5 mph. Jarak antara selekoh pula hanya 1 meter!. Istimewanya jalan ini hanya boleh dipandu dalam 1 arah sahaja iaitu arah menurun. Di sebelah jalannya pula terdapat rumah-rumah yang mahal milik individu berkedudukan.
jln2

5.  Stelvio Pass, Itali


Jalan yang unik ini pula terletak di Eastern Alps di Itali.  Jalan Pas Stelvio ini menghubungkan Valtellina ke Merano dan Lembah Adige.  Jalan ini mengambil sebahagian permukaan gunung pada ketinggian sekitar 1.7 kilometer daripada paras laut. Jalan raya ini amat mencabar untuk para pemandu kerana terdapat sebanyak 48 selekoh tajam dan beberapa bahagian jalan menjadi sangat sempit dan sangat curam.

Dengan ketinggian 2,757 meter ianya menjadi jalan di pergunungan berturap tertinggi di Alps Timur. Walaupun jalan raya curam ini  bukanlah yang paling berbahaya namun yang pasti ianya menakjubkan.
jln_stelvio-pass

6.  The Road of Death, Bolivia

Jalan raya yang amt curam ini dikenali sebagai El Camino de la Muerte atau pun ‘Jalan Kematian’ dalam bahasa Sepanyol).  Jalan raya sepanjang 43 kilometer ini menghubungkan La Paz dan Coroico, iaitu 35 kilometer timur laut La Paz di Bolivia. Terkenal dengan jalan paling berbahaya di dunia di mana ianya di bina pada tahun 1995 oleh Bank Pembangunan Antara Amerika.


Jika dalam keadaan berkabus dan hujan boleh membuat penglihatan begitu merosot selain permukaan jalan berlumpur seterusnya batu-batuan boleh jatuh dari lereng-lereng bukit pada bahagian atas. Adalah dianggarkan bahawa 200-300 pelancong telah terbunuh setiap tahun di jalan raya ini.  Bagi yang inginkan cabaran memandu, bolehlah mencuba di jalan raya yang amat curam ini.
road-of-death
7.  Trollstigen di Norway

Antara jalan raya yang paling unik di Norway adalah Trollstigen yang merupakan siri jalan-jalan yang menakjubkan dengan pemandangan yang cantik sepanjang laluannya. Trollstigen bermakna Ladder Troll. Jalan raya ini tidak begitu selamat di mana ianya memerlukan banyak penumpuan dan kemahiran memandu untuk melaluinya.


Jalan yang sempit dan berbahaya ini tetap menjanjikan pemandangan yang indah dan menakjubkan. Kadang kala turut berlaku batu-batu berjatuhan dari atas gunung dan meningkatkan kepada purata kemalangan jalan raya.
jln_norway

jln_norway2

8.  Terowong Guoliang, China


Jalan terowong ini nampak indah dan terletak di Gunung Taihang.  Jalan berterowong ini telah dibina oleh 13 orang penduduk tempatan yang diketuai oleh ketua mereka iaitu Shen Mingxin.  Jalan ini mengambil masa kira-kira lima tahun untuk disiapkan.  Terdapat penduduk kampung yang menemui maut semasa pembinaan terowong ini.


Akhirnya, terowong itu dibuka kepada lalu lintas pada 1 Mei, 1977.  Terowong yang panjangnya 1,200 meter adalah kira-kira 5 meter tinggi dan 4 meter lebar.  Laluan ini terletak di Wilayah Henan China. Terowong Guoliang adalah satu lagi tambahan kepada jalan yang paling berbahaya dan rumit untuk sesiapa sahaja. Jalan ini mendapat julukan sebagai “jalan yang tidak akan bertolak ansur atas sebarangkesilapan”.  Kebanyakan kemalangan berlaku di dalam terowong terutamanya disebabkan oleh kecuaian para pemandu yang merangkap pengembara. Walau bagaimanapun, ianya adalah salah satu laluan yang amat indah dan menjadi destinasi utama di peta pelancongan Cina.


terowong_guoliang


Guoliang-Tunnel


Guoliang-Tunnel-3

(Sumber : bicarasantai)

Check Berat Blog


Ketahui sama ada blog dah semakin berat / belum. Di sini ada website untuk testing keberatan blog. Ikuti kisah selanjutnya di bawah;

1.      Pergi ke website INI 
2.      Masukkan URL blog di bahagian Your domains
3.      Klik Check
4.      Selamat Mencuba =)

Himpunan Doa (DarusSyifa')


Sebagai ikhtiar kepada penyembuhan penyakit, doa merupakan medium utama bagi memohon limpah rahmat dan kurniaan Allah s.w.t agar disembuhkan penyakit yang dihadapi dan menunaikan hajat yang dipinta. Sebagai hamba, kita harus sentiasa berikhtiar mencari penawar bagi penyakit dan memohon dengan seikhlas hati kepada Allah s.w.t agar diberikan penyembuhan, namun ketentuan dan kuasa penyembuhan hanyalah milik Allah s.w.t. (Sumber : Darussyifa')























Amalan Bersama

Photo: Jom amalkan :)

~ Suami Isteri Bahagia
Photo: share kalau anda rasa bermanfaat

-salam isyak-
oleh Tengku Fariduddin

Photo: Selamat malam semua
Photo: Semenjak saya amalkan doa ini minggu lepas (29/4/2013 - 4 Mei 2013) rezki saya masuk mencurah2..cuma tambah zikir subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar sebanyak 33x.. Kiranya lepas dah habis zikir2 tu, baca pulak zikir ini sebanyak 33x..Masya-Allah korang akan terperanjat dengan keajaibanya..sudahlah ayatnya dipetik terus dari Al-Quran, bahkan maksudnya juga sudah menggambarkan segala-galanya...bukan rezki saya sahaja yang masuk, bahkan rezki keluarga saya juga..Allahuakbar...Allah maha besar..
Photo: Kalau rindukan seseorang, baca Al-Fatihah sambil tangan di dada. Dan berzikir kepada Allah dengan niat semoga dia merasai rindu kita padanya... :) - Ustaz Don Daniyal

~ Suami Isteri Bahagia
Photo: Adab-adab berdoa :)

1. Memulakan doa dengan menyebut nama Allah dan memanjatkan pujian kepada-Nya.
2. Mengulang-ulang doa tanpa perasaan bosan atau jemu.
3. Menghadap ke arah kiblat dengan perasaan takut dan rendah diri kepada-Nya.
4. Mengangkat kedua-dua tangan separas bahu.
5. Memohon dengan suara yang lembut (rendah diri).
6. Bertaubat sebelum berdoa sebagai cara pembersih dosa yang telah kita lakukan.
7. Mengakhiri doa dengan bacaan selawat dan bacaan hamdalah (alhamdulillah).

~ Suami Isteri Bahagia
(Sumber : facebook)

Wednesday, 22 May 2013

Upload Video From Youtube To Entry Blog


Hari ni terlebih rajin nak buat tutorial untuk rujukan kengkawan. Tutorial ni berkenaan bagaimana nak upload video from Youtube, then masukkan dalam entry blog  =)

1.      Login ke Blogspot
2.    Design/Dashboard > New Post
3.      Buat post siap2. Cume tunggu untuk upload video jah (tinggalkan sekejap untuk  langkah seterusnya)
4.    Pilih video yang dikehendaki dari Youtube untuk di upload dalam entry post & klik button Share
5.      Akan keluar macam gambar kat bawah, then klik Blogger sebab nak upload dalam Blog
6.      Akan keluar Pop Ups Window macam kat bawah, klik Edit HTML
7.      Copy kod HTML video tersebut (pergi pada post tadi dan klik HTML pada post tadi) then pastekan kod HTML video di bahagian bawah sekali dalam post.
8.      Preview hasilnya. Jika menjadi klik Publish =)

Misteri Batu Berjalan Di Califronia


Batu berjalan menjadi salah satu misteri yang paling menarik di Death Valley National Park, lokasinya di tasik kering Racetrack Playa, California-AS. Batu berjalan itu dapat dijumpai dengan mudah di permukaan Playa dengan jejak panjang di belakangnya.

Bagaimana mereka boleh bergerak atau berpindah masih menjadi misteri besar di fikiran para penyelidik. Ini kerana, batu yang berjalan tidak hanya batu kecil yang mudah tertiup oleh angin. Ada beberapa batu besar dengan berat ratusan kilogram yang juga turut “jalan-jalan cari makan”. Persoalannya,bagaimana cara mereka bergerak? Ini menjadi cabaran besar bagi para penyelidik. Mengapa fenomena ini menjadi misteri? Kerana, tidak ada satu orang pun yang pernah melihat batu itu berjalan.


Sampai hari ini, faktanya adalah tidak ada seorang atau satu organisasi pun yang mengetahui bagaimana batu-batu itu boleh berpindah tempat. Tapi,tahukah anda di mana letaknya Racetrack Playa?Racetrack Playa adalah tasik kering yang mendatar dengan panjang empat kilometer dan lebar kira-kira dua kilometer. Terletak di California-AS, permukaannya terdiri daripada batuan sedimen yang diperbuat dari lumpur dan tanah liat.


Iklim di kawasan ini juga kering. Hujan hanya terjadi beberapa inci pada setahun. Namun, saat hujan, pergunungan yang mengelilingi Racetrack Playa akan membekal air ke permukaan tasik dan menjadi tasik cetek yang sangat luas. Sayangnya, ini hanya bertahan beberapa hari saja. Setelah itu, dalam keadaan basah, permukaannya berubah menjadi lumpur yang lembut dan licin.


Ada beberapa andaian atau penjelasan tentang mengapa batu-batu di Racetrack Playa dapat berjalan. Semua penjelasan tersebut masuk akal.Mugkin anda akan bersetuju dengan salah satunya. Namun, sampai saat ini belum ada yang dapat membuktikannya bersama-sama secara ilmiah.




Apakah mereka digerakkan oleh manusia atau haiwan?
Jejak yang terbentuk di belakang batu menunjukkan bahawa batu-batu berjalan itu berpindah di atas permukaan Racetrack Playa masih ditutupi dengan lumpur yang sangat lembut. Dan, di sekitar jejak batu, tidak ada lumpur yang rosak akibat jejak makhluk hidup yang lain. Ertinya, sangat kecil kemungkinan batu tersebut dipindahkan oleh manusia dan haiwan.

Apakah mereka digerakkan oleh angin?

Ini penjelasan paling logik dan dipilih banyak orang kerana undian.Bukan sekadar meneka-neka. Tapi, jika dipelajari dari jejak batu yang berjalan, arahnya sejajar dengan arah angin yang bertiup di Racetrack Playa, yakni dari barat daya ke arah timur laut.Hembusan angin kencang dijangka mampu menolak batu sampai berpindah tempat.

Apakah mereka digerakkan oleh ais?

Beberapa orang mengaku sempat menyaksikan Racetrack Playa yang diliputi oleh lapisan ais tipis. Oleh sebab itu,air membeku di sekitar batu. Lalu, angin bertiup di atas permukaan ais dan mengheret lapisan ais berikut batu yang berada di permukaan ais.
Beberapa kajian telah menemukan jejak sangat jelas pada beberapa batu. Namun,seharusnya pengangkutan lapisan batu besar diharapkan meninggalkan tanda pada permukaan Playa.Namun,sampai sekarang, tanda tersebut belum boleh dibuktikan.

(Sumber : Melayukini.net
p/s: tiada yang mustahil bagi Yang Maha Esa