Thursday, 3 December 2015

TAMAN JOHAN

November 2015... tahun untuk mencari projek-projek perumahan baru sekitar KUANTAN dan seterusnya beli aset (hartanah). Almaklum laa, kos insurans/ takaful akan semakin bertambah seiring dengan peningkatan usia. 
Harga rumah pula usah cakaplah... semakin mahal saban tahun termasuk di Kuantan ni... Harganya semakin mencanak naik selepas diumumkan kenaikan amaun kelayakan pinjaman perumahan Kerajaan dan pelaksanaan GST 6%. Pemaju pula bagaikan berlumba-lumba mengerjakan tanah yang ada.
Terdapat banyak projek perumahan yang dibangunkan disekitar Kuantan terutamanya di Bukit Rangin. Namun harga rumah terlalu tinggi sekitar RM250,000 hingga RM350,000 dan ini tidak menepati kriteria yang aku tetapkan. 
Pencarian projek perumahan bermula...
Sehinggalah ditemukan dengan beberapa projek......
Projek perumahan pertama adalah di Taman Tas iaitu Taman Aneka Jaya 82 dengan keluasan bangunan (20'x40') / keluasan tanah (20'x75') pada harga RM199,670. Dimajukan oleh Alam Tenggara. Booking fee sebanyak RM1.00 bagi penjawat awam telahpun dibuat. Rumah juga 85% telah siap. Harga asal RM176+++. Kenaikan hampir RM30k. Wowww.......
Floor Plan Tmn Aneka Jaya 82
Harga Asal
Namun usaha pencarian tidak terhenti setakat itu.... 

Bertemu pula projek perumahan kedua melalui Facebook https://www.facebook.com/queknco iaitu Taman Johan (Hogoh Johan hogo). Projek oleh pemaju Quek & Co. Dijangka siap Mac 2017. Lawatan tapak telah dilakukan. 31/10/2015 - Booking fee berjumlah RM500.00 dibuat di pejabat Quek & Co. Booking fee di Alam tenggara burn

Taman Johan berjiran dengan 2x buah taman baru iaitu Taman Putra Putri 2, rumah teres setingkat (RM245,000) dengan keluasan 20'x67' / 20'x90' oleh pemaju Faktor Murni dan rumah Semi-D, Taman Sunsuria (RM325,000) dengan keluasan 24'x47' / 37'x77' oleh pemaju Quek & Co.


Rumah Teres Setingkat
Pemaju Quek & Co Sdn Bhd
RM198,000.00
20’ x 51’ / 20’ x 88’
3 Bilik + 2 Tandas
Booking Fee RM500.00 : 31 Okt 2015

Pihak Berkuasa yang meluluskan : MPK
No. Rujukan : MPK/R/B:PB/155/2013-B
No. Lesen : 75-24/07-2017/0642(L)
No. Permit : 75-24/07-2017/0642(P)
Tempoh: 11/07/2015 - 10/07/2017 (2 tahun)
Hak Milik Tanah : Kekal Rezab Melayu
Bebanan Tanah : Bebas
Harga Min : RM225,000 / Harga Max : RM265,000




28/11/2015 - bermula urusan jual beli di pejabat Guaman yang dilantik iaitu Hamidah, Rosmawati & Associates yang beralamat di A15, 1st & 2nd Floors, Jln Tun Ismail 2, Seri Dagangan 2, 25000 Kuantan, Pahang (09-5173400). Pejabat terletak sebaris dengan Politeknik Metro belakang ECM. 

Dokumen S&P (Sales & Purchase Aggrement) ditandatangani....

Seterusnya Pinjaman Perumahan Perbendaharaan dimohon.......


PENCARIAN SELESAI

No comments:

Post a Comment