Tuesday 9 December 2014

CUKAI PENDAPATAN


Adakah saya layak dikenakan cukai
Individu yang mempunyai pendapatan penggajian tahunan melebihi RM25,501 (selepas potongan KWSP) perlu mendaftar fail cukai pendapatan.
Mulai Tahun 2010 individu yang mempunyai pendapatan penggajian tahunan melebihi RM26,501 (selepas potongan KWSP) perlu mendaftar fail cukai pendapatan.
Walau bagaimanapun, mulai Tahun 2013 individu yang mempunyai pendapatan penggajian tahunan melebihi RM30,667 (selepas potongan KWSP) perlu mendaftar fail cukai pendapatan.
Sekiranya pekerja layak dikenakan potongan PCB, pekerja dinasihatkan mendaftar fail cukai pendapatan terlebih dahulu sebelum potongan PCB dibuat.

Penggajian
Pendapatan seseorang pekerja daripada penggajian termasuk upah, gaji, saraan, gaji cuti, bayaran komisen, bonus, ganjaran, penambahan atau elaun (sama ada dalam bentuk wang atau sebaliknya) yang berkaitan dengan mempunyai atau menjalankan penggajian.
Pendapatan penggajian juga meliputi semua bentuk saraan termasuk elaun, misalnya elaun perumahan, elaun perjalanan, elaun keraian, adalah dikira sebagai pendapatan kasar jika dapat ditunjukkan bahawa elaun-elaun tersebut terbit daripada mempunyai atau menjalankan penggajian.

Pendaftaran Fail Cukai Pendapatan

1. Cara Membuat Pendaftaran Fail
Pendaftaran nombor rujukan cukai pendapatan boleh dilakukan seperti berikut :
  1. Permohonan pendaftaran nombor rujukan cukai pendapatan boleh dikemukakan ke cawangan yang berhampiran dengan alamat surat-menyurat anda atau ke mana-mana cawangan LHDNM yang dapat memudahkan anda berurusan di masa hadapan tanpa merujuk kepada alamat surat-menyurat anda, atau
  2. Permohonan secara dalam talian (online) melalui sistem e-Daftar. Untuk keterangan lanjut mengenai e-Daftar, sila klik di siniuntuk menggunakan e-Daftar.
2. Dokumen Pendaftaran
Sila kemukakan dokumen-dokumen berikut bersama borang permohonan pendaftaran nombor rujukan cukai :-
  1. Satu salinan Borang Penyata Pendapatan (Borang EA/EC) terkini / Slip Gaji terkini,
  2. Satu salinan kad pengenalan/kad pengenalan polis/kad pengenalan tentera/passport antarabangsa,
  3. Satu salinan sijil perkahwinan (jika ada).
Borang permohonan pendaftaran nombor rujukan cukai pendapatan boleh didapati di mana-mana kaunter LHDNM yang berdekatan; atau Mendaftar secara on-line melalui e-Daftar.

Bayaran Potongan Cukai Berjadual (PCB) & Cukai Sebenar
Pembayar cukai individu yang mempunyai pendapatan penggajian adalah tertakluk kepada potongan gaji bulanan di bawah skim Potongan Cukai Berjadual (PCB). Potongan akan dibuat oleh majikan sekiranya pekerja telah layak.
PCB dianggap sebagai bayaran ansuran cukai bagi individu itu dan akan dibandingkan dengan cukai sebenar semasa mengemukakan borang cukai.
Jika potongan melalui PCB adalah kurang daripada taksiran cukai sebenar, pembayar cukai dikehendaki membayar jumlah perbezaan tersebut sebelum atau pada tarikh akhir penghantaran borang cukai.
Jika bayaran ansuran di bawah PCB adalah melebihi taksiran cukai sebenar, individu boleh menuntut bayaran balik semasa mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan.
Bagi individu berpendapatan penggajian yang tidak layak potongan PCB tetapi mempunyai cukai yang dikenakan ke atas pendapatannya, baki cukai perlu dijelaskan sebelum atau pada tarikh akhir penghantaran borang cukai.

~ Sumber : Hasil ~

No comments:

Post a Comment