Monday, 29 December 2014

:: RESEPI ::

Aisyah Zahari: RESEPI: Kek Coklat Karamel Moist Kukus: Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Selepas hampir 3 bulan tangan ni tak buat kek, akhirnya pada 24/11/2013 tercapai jugak has...

Monday, 15 December 2014

ZIKIR PEMBUKA PINTU REZEKI


1. Memperbanyak Membaca – La hawla Wala Quwwata Illa billah 
– Barangsiapa yang lambat datang Rezekinya hendaklah banyak mengucapkan – La hawla Wala Quwwata Illa billah.
(HR. At- Tabrani)

2. Membaca – La Ilaha Illallahul Malikul Haqqul Mubin
Barangsiapa setiap hari membaca La ilaha illallahul malikul haqqul mubin maka bacaanitu akan menjadi Keamanan dari Kefakiran dan menjadi Penenteram dari rasa Takut dalam Kubur 
(HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami).


3. Membaca – Subhanallah wabihamdihi Subhanallahil adziim . 

- Dari setiap Kalimat itu seorang MALAIKAT yang BERTASBIH kepada ALLAH Ta’ala sampai hari Kiamat yang Pahala Tasbihnya itu diberikan Untukmu.
(HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)


4. Membaca Surat Al-IKHLAS:

- Barangsiapa membaca Surat AlIkhlas ketika masuk rumah maka berkah bacaan Menghilangkan Kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya 
(HR. AtTabrani)


5. Membaca Surat Al-WAQIA’AH :


- Barangsiapa membaca surat Al-Waqiaah setiap malam…maka TIDAK akan diTimpa Kesempitan Hidup” 
(HR. Al-Baihaqi dalam Syu’ab Al-Iman)


6. Memperbanyak SELAWAT KEATAS NABI :

- Dari Umar bin Khaththab dari Nabi Shallallahu’alaihi wa sallam bersabda bersabda: Barangsiapa Berselawat kepadaku satu kali Selawat maka ALLAH akan membalas sepuluh kali Selawat dan Mengangkatnya Sepuluh DARJAT.
(Dikeluarkan Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad, Ibnu Abu Syaibah…al-Bazzar….Ibnu Syahiin dan al-Ismaili dengan sanad ma’lul)


7. Melazimkan BERISTIGHAFAR :

- Barangsiapa melazimkan Beristighfar nescaya ALLAH akan Mengeluarkan dia dari segalaKesusahan dan Memberikan Rezki dari arah yang tidak diDuga-Duga”
(HR. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majjah)

Ya ALLAH berikanlah kami Rezki yang Luas… 

yang Halal lagi Baik tanpa Memberatkankami….
Jika Rezki kami ada diLangit maka Turunkanlah. 
Jika ada diBumi maka Keluarkanlah. 
Jika jauh maka Dekatkanlah. 
Jika Dekat maka Mudahkan lah. 
Jika sedikit maka Banyakanlah.
 Jika banyak maka BERKATI LAH 
agar kami dapat menolong ANAK-ANAK YATIM 
– FAKIR MISKIN 
– MEREKA YANG DALAM KESUSAHAN KEDHAIFAN.

YA ALLAH……Kabulkanlah doa kami…
Aamiiin YA ALLAH Ya Robbal ‘Alamin. 
Semoga ALLAH Mengabulkan Do’a kita. 
Semoga Bermanfaat.
 In shaa ALLAH.....


Tuesday, 9 December 2014

CUKAI PENDAPATAN


Adakah saya layak dikenakan cukai
Individu yang mempunyai pendapatan penggajian tahunan melebihi RM25,501 (selepas potongan KWSP) perlu mendaftar fail cukai pendapatan.
Mulai Tahun 2010 individu yang mempunyai pendapatan penggajian tahunan melebihi RM26,501 (selepas potongan KWSP) perlu mendaftar fail cukai pendapatan.
Walau bagaimanapun, mulai Tahun 2013 individu yang mempunyai pendapatan penggajian tahunan melebihi RM30,667 (selepas potongan KWSP) perlu mendaftar fail cukai pendapatan.
Sekiranya pekerja layak dikenakan potongan PCB, pekerja dinasihatkan mendaftar fail cukai pendapatan terlebih dahulu sebelum potongan PCB dibuat.

Penggajian
Pendapatan seseorang pekerja daripada penggajian termasuk upah, gaji, saraan, gaji cuti, bayaran komisen, bonus, ganjaran, penambahan atau elaun (sama ada dalam bentuk wang atau sebaliknya) yang berkaitan dengan mempunyai atau menjalankan penggajian.
Pendapatan penggajian juga meliputi semua bentuk saraan termasuk elaun, misalnya elaun perumahan, elaun perjalanan, elaun keraian, adalah dikira sebagai pendapatan kasar jika dapat ditunjukkan bahawa elaun-elaun tersebut terbit daripada mempunyai atau menjalankan penggajian.

Pendaftaran Fail Cukai Pendapatan

1. Cara Membuat Pendaftaran Fail
Pendaftaran nombor rujukan cukai pendapatan boleh dilakukan seperti berikut :
  1. Permohonan pendaftaran nombor rujukan cukai pendapatan boleh dikemukakan ke cawangan yang berhampiran dengan alamat surat-menyurat anda atau ke mana-mana cawangan LHDNM yang dapat memudahkan anda berurusan di masa hadapan tanpa merujuk kepada alamat surat-menyurat anda, atau
  2. Permohonan secara dalam talian (online) melalui sistem e-Daftar. Untuk keterangan lanjut mengenai e-Daftar, sila klik di siniuntuk menggunakan e-Daftar.
2. Dokumen Pendaftaran
Sila kemukakan dokumen-dokumen berikut bersama borang permohonan pendaftaran nombor rujukan cukai :-
  1. Satu salinan Borang Penyata Pendapatan (Borang EA/EC) terkini / Slip Gaji terkini,
  2. Satu salinan kad pengenalan/kad pengenalan polis/kad pengenalan tentera/passport antarabangsa,
  3. Satu salinan sijil perkahwinan (jika ada).
Borang permohonan pendaftaran nombor rujukan cukai pendapatan boleh didapati di mana-mana kaunter LHDNM yang berdekatan; atau Mendaftar secara on-line melalui e-Daftar.

Bayaran Potongan Cukai Berjadual (PCB) & Cukai Sebenar
Pembayar cukai individu yang mempunyai pendapatan penggajian adalah tertakluk kepada potongan gaji bulanan di bawah skim Potongan Cukai Berjadual (PCB). Potongan akan dibuat oleh majikan sekiranya pekerja telah layak.
PCB dianggap sebagai bayaran ansuran cukai bagi individu itu dan akan dibandingkan dengan cukai sebenar semasa mengemukakan borang cukai.
Jika potongan melalui PCB adalah kurang daripada taksiran cukai sebenar, pembayar cukai dikehendaki membayar jumlah perbezaan tersebut sebelum atau pada tarikh akhir penghantaran borang cukai.
Jika bayaran ansuran di bawah PCB adalah melebihi taksiran cukai sebenar, individu boleh menuntut bayaran balik semasa mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan.
Bagi individu berpendapatan penggajian yang tidak layak potongan PCB tetapi mempunyai cukai yang dikenakan ke atas pendapatannya, baki cukai perlu dijelaskan sebelum atau pada tarikh akhir penghantaran borang cukai.

~ Sumber : Hasil ~

Sunday, 7 December 2014



بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيم
''Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Penyayang''


Nabi SAW bersabda:
كَلِمَتَانِ خَفِيْفَتَان ِ عَلىَ اللِّسَانِ، ثَقِيْلَتَانِ فِي المِيْزَانِ 

: حَبِيْبَتَانِ إِلىَ الرَّحْمن

 سُبْحَانَ الله وَبِحَمْدِهِ، سُبْحَانَ اللهِ الْعَظِيْمِ

Maksudnya: “Dua perkataan yang mudah dituturkan oleh lidah, berat timbangannya di dalam mizan (neraca timbangan disisi Allah), dan disukai oleh al-Rahman (Allah) iaitu: 
Subhanallahi Wa Bihamdihi, Subhanallahil ‘Azim”
(HR Bukhari 7/168 dan Muslim 4/2072)

ZIKIR


IBNU Abbas ra berkata: “Ketika Allah SWT menjadikan Arasy, lalu menyuruh malaikat memikulnya. Para malaikat merasakan amat berat memikulnya. Kemudian Allah SWT menyuruh malaikat membaca (menyebut); Subhanallah. Sebaik sahaja malaikat membacanya, maka terasa ringan memikul Arasy dan mereka terus menyebut (berzikir) selama-lamanya.”

Kata Ibnu Abbas ra lagi: “Apabila Allah SWT menjadikan Adam as. Maka mula-mula yang keluar dari mulut Adam ialah bersin. Lalu Allah ilhamkan kepadanya untuk membaca (menyebut); Alhamdulillah. Sebaik sahaja Adam as menyebut Alhamdulillah, lalu Allah menjawab; Yarhamuka Rabbuka (kerana rahmat itulah Aku menjadikan engkau).

“Kemudian malaikat berkata: Inilah kalimah mulia dan baik dan tidak sepatutnya kami abaikan. Maka para malaikat pun membaca (berzikir) Suhhanallah Walhamdulillah.

“Para malaikat membaca (berzikir) demikian sehinggalah Allah SWT mengutuskan Nabi Nuh as. Oleh kerana kaum Nabi Nuh adalah kaum pertama menyembah berhala, maka Allah SWT mewahyukan kepada Nabi Nuh as supaya menyuruh kaumnya membaca; Laa illaha illallah bagi mendapatkan keredhaan Allah.”

 “Lalu berkata malaikat: “Inilah kalimah ketiga yang besar dan baik yang tidak boleh kami abaikan. Maka malaikat pun menggabungkan dengan dua kalimah sebelumnya untuk menjadi: Subhanallah Walhamdulillah, Walaa ilaha illallah.”

 “Para malaikat mengamalkan kalimah tersebut sehingga terutusnya Nabi Ibrahim as. Setelah terutusnya Nabi Ibrahim as, Allah SWT telah memerintahkan baginda menjalankan korban ke atas anaknya, yang mana akhirnya Allah telah menebus anaknya Ismail dengan seekor kibas (kambing).

“Apabila Nabi Ibrahim as melihat anaknya terselamat dari disembelih dan digantikan dengan kibas (kambing), maka Nabi Ibrahim as menyebut: Allahu akbar, kerana merasa terlalu gembira atas nikmat yang dikurniakan Allah kepadanya.

 Berkata para malaikat: “Inilah kalimah keempat yang sungguh baik dan besar. Kemudian para malaikat menggabungkan kalimah itu dengan tiga kalimah sebelumnya menjadi: Subhanallah, Walhamdulillah, Walaa ilaha illallah, Wallahu akbar.”

 “Ketika malaikat Jibril as menceritakan kisah ini kepada Rasulullah SAW, baginda merasa kagum dan terus melafazkan: Laa haula Wala quwwata illa billahil aliyil aziem.”

Kemudian Jibril as berkata: Gabungkan kalimah yang empat itu sehingga menjadi "Subhanallah, Walhamdulillah Walaa ilaha illallah Wallahu akbar Walaa haula Wala quwwata illa billahil aliyil aziem."
(HR Muslim)


ARABIC WORD


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
(Assalaamu’alaikum wa rahmatullah wabarakatuhu)

وَ عَلَيْكُمُ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ 
(Wa’alaikum salaam wa rahmatullah wabarakatuh)

اَهْلاًوَسَهْلاً 
(Ahlan wa sahlan)

اَللّهُ اَكْبَرُ 
(Allahu Akbar)

اَلْحَمْدُلِلّهِ 
(Alhamdulillah)

الْحَمْدُ للَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن 
(Alhamdu lillahi rabbil ‘alamin)

اَللّهُ 
(Allah)

اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن 
(Amin Ya Rabbal ‘Alamin)

اَسْتَغْفِرُ اَللّهَ الْعَظِیْمَ 
(Astaghfirullah hal adzim)

أَعُوْذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْم 
(Ta’awwuz: A’udzubillahi minas syaito nirrojim)

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ 
(Bismillahir rahmanir rahim)

بَارَكَ اللّهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِي خَيْرِ
(Do’a untuk Pengantin)

اِنّا لِلّهِ وَاِنّا اِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ 
(Innalillahi wa inna ilaihi raaji’uun)

اِنْ شَآ ءَ اللّهُ 
(Insya Allah)

جَزَاكَ اللّهُ 
(jazakallah)

جَزَاكِ اللّهُ 
(jazakillah)

جَزَاكُمُ اللّهُ
(Jazakumullah)

لاَحوْلَ وَلاَ قُوَّة اِلاَّبِاللّهِ
 (Laa haula wa laa quwwata illa billah)

لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللّهُ
 (Laa ilaaha illallah)

مَاشَآءَاللّهُ 
(Masya Allah)

سُبْحَانَ اللّهُ
 (Subhanallah)

تَقَبَّلَ اللّهُ مِنَّا وَ مِنْكُمْ صِيَامَنَا وَ صِيَامَكُمْ 
(Taqabalallahu minna wa minkum siyamanan wa siyamakum)

تَقَبَّلْ يَا كَرِيْمُ 
(Taqabal ya kariim)

وَ اِيَّاكُمْ 
(Wa iyyakum)

مَرْحَبًا يَا رَمَضَان
(Marhaban ya Ramadhan)

‫  ‬ مِنَ العَائِدِيْنَ وَ الفَائِزِيْنَ
(Minal ‘aidin wal faidzin)

بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ 
(Doa sebelum tidur = Bismika Allahumma Ahya Wa Amut)

اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى مُحَمَّد 
(Salawat atas Nabi Muhammad)

سُبْحَانَ اللَّهِ وَ الْحَمْدُ لِلَّهِ وَ لاَ اِلهَ إِلاَّ اللَّهُ وَ اللَّهُ أَكْبَرُ 
(Subhanallah walhamdulillah wala ila ha illauloh Allahu akbar)

Wednesday, 3 December 2014

GYM DI MALAYSIA


Mungkin ramai tercari-cari, dimana gym atau fitness centre terdekat dengan anda. Di sini, disenaraikan Gym yang terdapat di Malaysia. Selamat bersenam untuk diri aku sendiri...

******************************
PAHANG
******************************
Energy Fitness
Tingkat 3, Pasaraya Ku, Termeloh, Pahang, Berhampiran KFC

Gym Rakyat 1Malaysia
Kuala Lipis, Bukit Bius, Berdekatan Zoo Lipis

IKIP Gym (Ikip Business Centre - IBC)
Kampus Utama, Jalan Dato’ Bahaman, Kubang Buaya, 25250 Kuantan, Pahang

Xtreme Gym
B38 & B40, 2nd Floor, Lorong Tun Ismail 8, Sri Dagangan, 25000 Kuantan, Pahang


******************************
KELANTAN
******************************
Excellent Gym & Fitness Centre
PT146, Tingkat Atas, (Bangunan Tabung Haji), Jalan Pantai Irama, 16300 Bachok, Kelantan

Fit Factor Gym & Fitness
No PT 408 T/1, Jalan Jambatan Sultan Yahya, Kg. Sireh, 15050 Kota Baharu, Kelantan

Global Fitness
Kota Bharu, Kelantan

Gym Zali
Pasir Puteh, Kelantan

Kelab Gym 1Malaysia
Kompleks Sukan Panji, Kota Bharu, Kelantan

New Fort Gym
Pasir Pekan Tumpat, Kelantan

Ironstar Gym
Cabang 4 Tumpat, Kelantan

******************************
TERENGGANU
******************************
Gym Rakyat 1Malaysia
Kg Paya Marang, Terengganu

Mt Modelling Fitness Gym
Jerteh, Besut, Terengganu

Terengganu Equestrian Resort
PT 1969 Mukim Kuala Ibai, Jalan Sultan Mahmud, 20400 Kuala Trengganu, Terengganu, Malaysia

Xbie Gym
Taman Purnama, Kuala Ibai, Terengganu

******************************
NEGERI SEMBILAN
******************************
The Axe Gym
Batu 16, Dusun Tua, 43100 Hulu Langat, Negeri Sembilan

Olympia Raj Gym & Fitness
No. 18-1, Jalan UTL 6, Bandar Universiti, Teknologi Legenda, 71700 Mantin, Negeri Sembilan