PERJALANAN kerjayanya untuk mendaki ke puncak dilihat begitu mudah. Sebaik menamatkan kursus doktor pelatih pada 1986, Prof Dr Muhaya Muhamad ditawarkan oleh Datuk Dr Mohd Nor Marahakim, yang digelar Bapa Oftalmologi Malaysia menjadi pensyarah pelatih di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Dalam masa enam tahun selepas mendapat ijazah doktor falsafah pada 1991, beliau dilantik menjadi Pakar Mata dan pensyarah Jabatan Oftalmologi, UKM mendahului rakan seangkatan. Namun, katanya, semua itu adalah anugerah Allah, berkat doa, restu dan sokongan suami serta ibu bapa.
KATA-KATA MUTIARA
“Semoga kita bukan hanya mencari maklumat, tetapi mencari ilmu bermanfaat yang memberikan ketenangan jiwa dan takwa serta mencari redha Allah.”
“Manusia yang berasa diri dia betul, suka mengkritik orang, menganalisis orang dan mencari silap orang. Sebab dia tidak melihat dirinya sendiri. Dia tidak menggunakan cermin, tetapi dia menggunakan kanta pembesar, untuk sibuk duduk menilik orang. Apabila kita menilik orang dengan kanta pembesar, maka akan nampaklah dosa-dosa orang; dosa orang yang sebesar kuman pun kita nampak, sedangkan diri kita yang bersalut dosa kita tidak nampak.”
"Lagi banyak alasan, lagi tinggi ego kita. Sebenarnya mereka yang kurang yakin akan banyak alasan dan ego. Mari sama-sama buang ego, belajar daripada orang lain, dan jangan berhenti belajar."
"Mulakan dekat dengan Allah, apabila merasakan Allah lebih besar, manusia akan Nampak kecil dan tidak akan rasa rendah diri apabila berjumpa dengan orang yang Nampak hebat kerana hanya Allah yang hebat."
"Hari ini cuba latih diri elakkan daripada menghukum orang tetapi cuba memahami akhlak buruk mereka, maafkan dan doakan mereka."
"Janganlah mencari alasan untuk membuat pilihan, tetapi carilah jalan untuk membuat pilihan yang tepat."
"Jika anda sedang menghadapi masalah, tanya kepada diri anda, apakah yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dalam situasi ini dan teruskan."
"Berkawanlah dengan orang yang positif. Ubah diri kita dan capailah kejayaan, dengan sendiri kita akan menjadi ‘magnet’ kepada orang yang Berjaya."
"Apabila hendak melakukan sesuatu, lihat apa hasil yang kita mahu dan lakukan seolah-olah anda sudah mendapat hasilnya. Inilah cara terbaik untuk mendisiplinkan diri."
"Jangan menghukum sesiapa tetapi beri kasih sayang, rasa kasihan dan doakan mereka."
"Cari ilmu jangan menyibukkan diri dengan perkara harus tapi sibukkan diri dengan perkara wajib dan asas iaitu akidah, ibadah, dan akhlak."
"Allah menciptakan dunia untuk kita beramal dan mendapat nikmat di syurga Allah."
"Setiap niat kita pasti ternakbul, maka, niatkan segalanya menuju Allah walau berapa lama masanya."
"Sesungguhnya dengan mengingati Allah hati akan tenang. Kalau hati tidak tenang, Tanya diri berapa kali kita ingat Allah."
"Berdoalah setiap hari supaya hati kita lembut, suka kepada kebaikan dan mudah melihat kelemahan diri."
"Niatkan kita dan keluarga mendapat syurga Allah selepas mendapat Husnul Khatimah."
"Jadilah orang yang jujur dan tenang dan sentiasa niat membersihkan jiwa untuk bertemu Allah."
"Semoga kita sentiasa bersyukur dan merenung diri dan hati nurani kita."
“Jom audit, berapa banyak majlis ilmu kita hadiri dan semoga masa yang kita gunakan setiap hari tidak menjauhkan kita daripada Allah.”

“Semoga kita
menyambung silaturahim kerana Allah dan menyebarkan kasih sayang.”
"Jika ingin tenang, buang perasaan memiliki dan dimiliki tapi timbulkan sifat ketuhanan dan kehambaan."
"Kalau kita terlalu sensitif dan cepat kecil hati selalunya kita kurang yakin diri dan tiada fokus tepat dalam hidup."
"Mencari, memiliki dan memberi rezeki dinamik harta dalam Islam. Harta yang mengalir seperti air yang jernih."
“Ilmu mengenal Allah akan menyebabkan kita takut kepada Allah dan takut berdosa. Jika kita tidak takut dosa, audit ilmu yang kita ada. Semoga ilmu yang kita pelajari memberikan ketenangan dan memberikan sifat berasa cukup, dengan rezeki Allah dan berasa takut kepada Allah.''
“Mulakan hari ini dengan niat yang baik. Berfikir baik dan bersangka baik dengan Allah dan sekalian makhluk Allah.”
"Cuba renung kesilapan kita kepada orang lain dan perbaiki diri bukan ingat kesilapan orang pada kita."
"Kunci untuk bahagia ialah mengawal emosi dan menentukan sikap yang baik dalam semua situasi."
~ Sumber : Prof Dr Muhaya ~

No comments:
Post a Comment