Sunday, 30 November 2014

7 SUNNAH HEBAT


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُُِ

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيم


Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

Kedua:
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

Ketiga:

Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat:
Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

Keenam:
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

Very nicely written By Ustaz Don Daniyal

Thursday, 27 November 2014

MARI BERDOA


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُُِ

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيم

Doa untuk dapat SUAMI SOLEH:
اللهم زاويجني زاوجن سوليهان
Allahumma Zawwijni Zaujan Soolihan
(Ya Allah, kahwinkanlah daku dengan suami yang soleh)

Doa untuk dapat ISTERI SOLEHAH:
اللهم زاويجني زاوجاتن سوليهاتان
Allahumma Zawwijni Zaujatan Soolihatan
( Ya Allah, kahwinkanlah daku dengan isteri yang solehah )

**************************************************
Surah Yusuf (12:4)

إِذْ قَالَ يُوسُفُ لِأَبِيهِ يَا أَبَتِ إِنِّي رَأَيْتُ أَحَدَ عَشَرَ كَوْكَبًا وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ رَأَيْتُهُمْ لِي سَاجِدِينَّّ 

Ith qala yuusufu liabeehi ya abati innee raaytu ahada AAashara kawkaban wasshshamsa waalqamara raaytuhum lee sajideena
(Maksudnya: Ingatlah ketika Yusuf berkata kepada ayahnya,"Wahai Ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas buah bintang, matahari dan bulan kelihatan semuanya sujud kepadaku...)

**************************************************

Surah Yunus (10:81)

فَلَمَّآ أَلۡقَوۡاْ قَالَ مُوسَىٰ مَا جِئۡتُم بِهِ ٱلسِّحۡرُ‌ۖ إِنَّ ٱللَّهَ سَيُبۡطِلُهُ ۥۤ‌ۖ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُصۡلِحُ عَمَلَ ٱلۡمُفۡسِدِينَ 

Falamma alqaw qala moosa ma jitum bihissihru inna Allaha sayubtiluhu inna Allaha la yuslihu AAamala almufsideena
(Maksudnya: Setelah mereka campakkan (benda-benda itu), Nabi Musa berkata: "Apa yang kamu datangkan itu, itulah sihir sesungguh Allah akan mendedahkan kepalsuannya (dengan mukjizat yang dikurniakanNya kepadaku) sesungguhnya Allah tidak akan menjayakan perbuatan orang-orang yang melakukan kerosakan)

**************************************************

Surah Al-Furqaan (25:74)

وَالَّذينَ يَقولونَ رَبَّنا هَب لَنا مِن أَزوٰجِنا وَذُرِّيّٰتِنا قُرَّةَ أَعيُنٍ وَاجعَلنا لِلمُتَّقينَ إِمامًا 

...Rabbana hab lana min azwajina wathurriyyatina qurrata aAAyunin waijAAalna lilmuttaqeena imaman
(Maksudnya: Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang- orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa)

**************************************************

Surah Al-Qasas (28:24)

فَسَقَىٰ لَهُمَا ثُمَّ تَوَلَّىٰٓ إِلَى ٱلظِّلِّ فَقَالَ رَبِّ إِنِّى لِمَآ أَنزَلۡتَ إِلَىَّ مِنۡ خَيۡرٍ۬ فَقِيرٌ۬ 

...Rabbi innee lima anzalta ilayya min khayrin faqeerun
(Maksudnya: Maka Musa pun memberi minum kepada binatang-binatang ternak mereka, kemudian ia pergi ke tempat teduh, lalu berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki pemberian yang Engkau berikan")

**************************************************

Surah Al-Anbiya' (21:89)

وَزَڪَرِيَّآ إِذۡ نَادَىٰ رَبَّهُ ۥ رَبِّ لَا تَذَرۡنِى فَرۡدً۬ا وَأَنتَ خَيۡرُ ٱلۡوَٲرِثِينَ 

...Rabbi la tatharnee fardan waanta khayru alwaritheena
(Maksudnya: Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakariya, ketika ia merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat) dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi")

**************************************************

Surah Yaasin (36:36)

سُبۡحَـٰنَ ٱلَّذِى خَلَقَ ٱلۡأَزۡوَٲجَ ڪُلَّهَا مِمَّا تُنۢبِتُ ٱلۡأَرۡضُ وَمِنۡ أَنفُسِهِمۡ وَمِمَّا لَا يَعۡلَمُونَ

Subhana allathee khalaqaal azwaja kullaha mimma tunbitu alardu wamin anfusihim wamimma la yaAAlamoona
(Maksudnya: Maha suci Tuhan Yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari Yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa Yang mereka tidak mengetahuinya)

**************************************************

Surah Ar-Ruum (30:21)

وَمِنۡ ءَايَـٰتِهِۦۤ أَنۡ خَلَقَ لَكُم مِّنۡ أَنفُسِكُمۡ أَزۡوَٲجً۬ا لِّتَسۡكُنُوٓاْ إِلَيۡهَا وَجَعَلَ بَيۡنَڪُم مَّوَدَّةً۬ وَرَحۡمَةً‌ۚ إِنَّ فِى ذَٲلِكَ لَأَيَـٰتٍ۬ لِّقَوۡمٍ۬ يَتَفَكَّرُونَ 

Wamin ayatihi an khalaqa lakum min anfusikum azwajan litaskunoo ilayha wajaAAala baynakum mawaddatan warahmatan inna feethalika laayatin liqawmin yatafakkaroona
(Maksudnya: Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir)

Monday, 10 November 2014

PROF DR MUHAYA


PERJALANAN kerjayanya untuk mendaki ke puncak dilihat begitu mudah. Sebaik menamatkan kursus doktor pelatih pada 1986, Prof Dr Muhaya Muhamad ditawarkan oleh Datuk Dr Mohd Nor Marahakim, yang digelar Bapa Oftalmologi Malaysia menjadi pensyarah pelatih di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).


Dalam masa enam tahun selepas mendapat ijazah doktor falsafah pada 1991, beliau dilantik menjadi Pakar Mata dan pensyarah Jabatan Oftalmologi, UKM mendahului rakan seangkatan. Namun, katanya, semua itu adalah anugerah Allah, berkat doa, restu dan sokongan suami serta ibu bapa.
KATA-KATA MUTIARA

“Semoga kita bukan hanya mencari maklumat, tetapi mencari ilmu bermanfaat yang memberikan ketenangan jiwa dan takwa serta mencari redha Allah.”

“Manusia yang berasa diri dia betul, suka mengkritik orang, menganalisis orang dan mencari silap orang. Sebab dia tidak melihat dirinya sendiri. Dia tidak menggunakan cermin, tetapi dia menggunakan kanta pembesar, untuk sibuk duduk menilik orang. Apabila kita menilik orang dengan kanta pembesar, maka akan nampaklah dosa-dosa orang; dosa orang yang sebesar kuman pun kita nampak, sedangkan diri kita yang bersalut dosa kita tidak nampak.”

"Lagi banyak alasan, lagi tinggi ego kita. Sebenarnya mereka yang kurang yakin akan banyak alasan dan ego. Mari sama-sama buang ego, belajar daripada orang lain, dan jangan berhenti belajar."

"Mulakan dekat dengan Allah, apabila merasakan Allah lebih besar, manusia akan Nampak kecil dan tidak akan rasa rendah diri apabila berjumpa dengan orang yang Nampak hebat kerana hanya Allah yang hebat."

"Hari ini cuba latih diri elakkan daripada menghukum orang tetapi cuba memahami akhlak buruk mereka, maafkan dan doakan mereka."

"Janganlah mencari alasan untuk membuat pilihan, tetapi carilah jalan untuk membuat pilihan yang tepat."

"Jika anda sedang menghadapi masalah, tanya kepada diri anda, apakah yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dalam situasi ini dan teruskan."

"Berkawanlah dengan orang yang positif. Ubah diri kita dan capailah kejayaan, dengan sendiri kita akan menjadi ‘magnet’ kepada orang yang Berjaya."

"Apabila hendak melakukan sesuatu, lihat apa hasil yang kita mahu dan lakukan seolah-olah anda sudah mendapat hasilnya. Inilah cara terbaik untuk mendisiplinkan diri."

"Jangan menghukum sesiapa tetapi beri kasih sayang, rasa kasihan dan doakan mereka."

"Cari ilmu jangan menyibukkan diri dengan perkara harus tapi sibukkan diri dengan perkara wajib dan asas iaitu akidah, ibadah, dan akhlak."

"Allah menciptakan dunia untuk kita beramal dan mendapat nikmat di syurga Allah."

"Setiap niat kita pasti ternakbul, maka, niatkan segalanya menuju Allah walau berapa lama masanya."

"Sesungguhnya dengan mengingati Allah hati akan tenang. Kalau hati tidak tenang, Tanya diri berapa kali kita ingat Allah."

"Berdoalah setiap hari supaya hati kita lembut, suka kepada kebaikan dan mudah melihat kelemahan diri."

"Niatkan kita dan keluarga mendapat syurga Allah selepas mendapat Husnul Khatimah."

"Jadilah orang yang jujur dan tenang dan sentiasa niat membersihkan jiwa untuk bertemu Allah."