Tuesday 30 September 2014

DR. HM TUAH ISKANDAR AL-HAJ



Nama sebenar beliau ialah TUAH FADILAH ITHNIN. Nama samarannya ialah DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj (merujuk kepada Tuah adalah nama sebenar, Iskandar nama ayah beliau selain Ithnin; al-Haj kerana telah menunaikan haji; HM pula adalah nama ibu beliau Hajjah Mariam). Merupakan anak ke-9 dari sepuluh beradik, dilahirkan di Muar, Johor pada tahun 1960. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Dr HM Tuah sila klik SINI.

# Yakinlah bahawa orang yang mencintai anda kerana sesuatu akan meninggalkan anda setelah dia mendapat sesuatu. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

Pengetahuan adalah teman anda yang terbaik. Ia sentiasa mengikut anda ke mana pun anda pergi. Tatkala semua orang menolak anda, pengetahuan tetap membisikkan sesuatu yang berharga.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

# Cinta yang selalu menjadi dugaan dan membawa padah ialah cinta yang cenderung kepada maksiat. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

# Apabila seorang lelaki menyukai seorang wanita, hendaklah perasaan itu diterjemahkan melalui usaha untuk bernikah. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

# Hakikatnya setiap manusia adalah cantik dan jelita, lantaran setiap manusia adalah ciptaan Yang Maha Esa. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

# Jadilah lebih bijak sebab tiada gunanya hidup tanpa kebijaksanaan. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

# Jika anda telah pergi kepada sepuluh orang untuk mendapat nasihat pada masalah yang sama, anda sebenarnya telah membuang masa. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

# Meniti di atas cinta yang songsang ibarat berjalan di taman penuh berduri, nikmatnya ada tetapi kesakitan tetap terasa. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

Setiap perjalanan hidup adalah pengalaman. Setiap pengalaman itu adalah pengetahuan. Setiap pengetahuan bermakna kepandaian dan setiap kepandaian bermakna kehidupan yang lebih istimewa.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

# Silaplah jika kita gagal memahami cinta, lebih silap apabila menolak cinta bahkan  lebih-lebih silap kita menjadi rosak oleh cinta. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

Kecemerlangan itu bermula dari kebahagiaan dan kebahagiaan itu bermula dari keredhaan TUHAN, manakala keredhaan TUHAN itu datangnya dari semua perbuatan baik yang kita lakukan.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

# Untuk dicintai anda juga mesti menyintai. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

# Salinglah cinta menyintai untuk menikmati hidup penuh berkualiti. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

# Cinta dirasai melalui perasaan kemudian difahami melalui akal. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

Bukan semua yang menggembirakan hati kita baik untuk kita. Kadang-kadang yang menggembirakan itu tersembunyi derita. Dan bukan semua yang memualkan hati kita tidak baik untuk kita. Kadang-kadang di situlah letaknya bahagia.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

# Apabila berlaku perselisihan dalam perkahwinan lakukan ia dalam kelembutan. –  DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

# Anggun melambangkan keluhuran budi serta peribadi yang indah. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

No comments:

Post a Comment