Tuesday, 30 September 2014

DR. HM TUAH ISKANDAR AL-HAJ



Nama sebenar beliau ialah TUAH FADILAH ITHNIN. Nama samarannya ialah DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj (merujuk kepada Tuah adalah nama sebenar, Iskandar nama ayah beliau selain Ithnin; al-Haj kerana telah menunaikan haji; HM pula adalah nama ibu beliau Hajjah Mariam). Merupakan anak ke-9 dari sepuluh beradik, dilahirkan di Muar, Johor pada tahun 1960. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Dr HM Tuah sila klik SINI.

# Yakinlah bahawa orang yang mencintai anda kerana sesuatu akan meninggalkan anda setelah dia mendapat sesuatu. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

Pengetahuan adalah teman anda yang terbaik. Ia sentiasa mengikut anda ke mana pun anda pergi. Tatkala semua orang menolak anda, pengetahuan tetap membisikkan sesuatu yang berharga.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

# Cinta yang selalu menjadi dugaan dan membawa padah ialah cinta yang cenderung kepada maksiat. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

# Apabila seorang lelaki menyukai seorang wanita, hendaklah perasaan itu diterjemahkan melalui usaha untuk bernikah. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

# Hakikatnya setiap manusia adalah cantik dan jelita, lantaran setiap manusia adalah ciptaan Yang Maha Esa. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

# Jadilah lebih bijak sebab tiada gunanya hidup tanpa kebijaksanaan. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

# Jika anda telah pergi kepada sepuluh orang untuk mendapat nasihat pada masalah yang sama, anda sebenarnya telah membuang masa. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

# Meniti di atas cinta yang songsang ibarat berjalan di taman penuh berduri, nikmatnya ada tetapi kesakitan tetap terasa. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

Setiap perjalanan hidup adalah pengalaman. Setiap pengalaman itu adalah pengetahuan. Setiap pengetahuan bermakna kepandaian dan setiap kepandaian bermakna kehidupan yang lebih istimewa.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

# Silaplah jika kita gagal memahami cinta, lebih silap apabila menolak cinta bahkan  lebih-lebih silap kita menjadi rosak oleh cinta. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

Kecemerlangan itu bermula dari kebahagiaan dan kebahagiaan itu bermula dari keredhaan TUHAN, manakala keredhaan TUHAN itu datangnya dari semua perbuatan baik yang kita lakukan.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

# Untuk dicintai anda juga mesti menyintai. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

# Salinglah cinta menyintai untuk menikmati hidup penuh berkualiti. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

# Cinta dirasai melalui perasaan kemudian difahami melalui akal. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

Bukan semua yang menggembirakan hati kita baik untuk kita. Kadang-kadang yang menggembirakan itu tersembunyi derita. Dan bukan semua yang memualkan hati kita tidak baik untuk kita. Kadang-kadang di situlah letaknya bahagia.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

# Apabila berlaku perselisihan dalam perkahwinan lakukan ia dalam kelembutan. –  DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

# Anggun melambangkan keluhuran budi serta peribadi yang indah. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

Thursday, 25 September 2014

30 KEAJAIBAN SELAWAT


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ



1) Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda - (HR Muslim.)

2) Allah akan hapuskan dosa2 kecil dengan kita mengamalkan berselawat
sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.

3) Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insya Allah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita.

4) Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.

5) Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.

6) Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.

7) Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.

Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.

9) Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, dan sebagainya dalm dirinya.

10) Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, Insya Allah akan beroleh kebahagiaan samada di dunia mahupun di akhirat.

11) Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain.

12) Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.

13) Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.

14) Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup.

15) Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.

16) Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.

17) Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.

18) Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.

19) Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.

20) Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut2, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.

21) Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.

22) Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, InsyaAllah akan dihapuskan dosa2 kecil seseorang.

23) Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya.

24) Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmatnya.

25) Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, insya Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.

26) Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya.

27) Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.

28) Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.

29) Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - HR Abu Naim.

30) Sabda Nabii SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat - HR Thabrani

Selanjut, anda dijemput follow / like fanpage : Dr. Tengku Asmadi bin T. Mohamad

MARI BELAJAR BAHASA ARAB

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang



حَسبنا الله ونعم الوکیل نعم المولی ونعم النصیر 
HasbunAllah Wani'mal Wakil Nikmal Maulana Waanikman Nashir
''Cukuplah Allah menjadi Penolong kami & Allah adalah sebaik-baik Pelindung & Tempat Kami Berserah Diri'' 

 جَزَاكَ اللهُ خَيْرًا
Jazakallah khairan
''Semoga Allah memberi/menambah kebaikan kepadamu''
Jazakallah khairan kathira - untuk seorang lelaki
Jazakillah khairan kathira - untuk seorang perempuan
Jazakumullah khairan kathira - untuk ramai


 جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

سنة حلوة
Sanah Helwah. Sakinah Mawaddah Barakah Warahmah
''Selamat Hari Lahir. Semoga Beroleh Ketengangan, Kasih Sayang, Keberkatan dan Belas Kasihan''

بارك الله لكما وبارك عليكما وجمع بينكما في خير 
Barakallahu lakuma, wabaraka 'alaikuma, wajama'a bainakuma fi khair
''Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikan''

لا تحزن ان الله معنا
La Tahzan InnaAllaha Ma'ana
''Jangan bersedih, Sesungguhnya Allah ada bersama kita''

لَا تَغْضَبْ
La Taghdab
''Jangan Marah''

شفاكم الله/  شفاك الله/ شفاك الله
Syafakallah/ Syafakillah/ Syafakumullah
''Semoga Allah Memberikan Kesembuhan Untukmu''

 يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِى عَلَى دِينِكَ
''Wahai Dzat yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku didalam agamu-Mu''

Wednesday, 24 September 2014

*** NUKILAN RAHSIA HATI ***


Maafkan aku,
atas segala kelemahan diriku...
insan yang sering merajuk,
tapi bukan minta dipujuk...

cukup sekadar diri difahami,
namun siapa aku untuk kau mengerti...
mana mungkin kau memahami,
andai aku mendiamkan diri...

biarlah kusimpan rahsia hati ini,
agar terkunci kemas disudut hati...
supaya kau tidak mengetahui
cukuplah aku yang merasai...

dunia kita berbeza kini,
aku gembira dengan apa yang kau miliki...
doaku sentiasa mengiringi,
untukmu insan yang kusayangi,
walau dikejauhan ini...

حَسبنا الله و نعم الوکیل نعم المولی ونعم النصیر

7 KUNCI KEBAHAGIAAN DUNIA


1. Qalbun Syakirun (Hati yang selalu bersyukur)


2. Al-Azwaju Shalih (Pasangan yang soleh/solehah)

3. Waladun Shalih (Anak yang soleh/solehah)

4. Albiatu Shalih (Persekitaran yang sesuai untuk iman kita)

5. Al-Maul Halal (Harta yang halal)

6. Tafakkur Fiddiin (Bersemangat untuk memahami agama)

7. Umur yang Barakah.

Cara mudah untuk mendapatkan pahala walaupun setelah meninggal, iaitu 
menyampaikan ilmu yang bermanfaat selagi mereka mengamalkan, pahala akan tetap ada.

Sabda Rasulullah S.A.W : Bahawa ilmu itu milik Allah. Barangsiapa menyebarkan ilmu yang bermanfaat, Insyaallah, Allah akan menggandakan 10 kali lipat kepadanya. Aamiin.

Semoga bermanfaat.

Selanjutnya, follow / like : Dr. Tengku Asmadi bin T. Mohamad

Monday, 22 September 2014

MADAH DARI SETIA FURQON KHOLID


SAHABAT

Yang membuat kita kuat adalah Do’a.
Yang membuat kita dewasa adalah Ujian.
Yang membuat kita maju adalah Usaha Keras.
Yang membuat kita semangat adalah Cita

Yang membuat kita kalah adalah Putus Asa.
Yang membuat kita gagal adalah Tak yakin
Yang membuat kita hancur adalah Kemaksiatan
Yang membuat kita selamat adalah Taubat

Satu kata, "BISA!"
Dua kata, "Pasti BISA!"
Tiga kata, "InsyaAllah Pasti BISA!"
Empat kata, "InsyaAllah Pasti BISA AllahuAkbar!"


****************************************************
JODOH ITU UNIK

# Betapa sering kita saksikan, ada seorang teman yang mencari jodoh sampai ke ujung dunia, ujung-ujungnya anak tetangga yang jadi jodoh

# Anda seorang wanita mungkin pernah mengalami juga, ada lelaki yang lama mengincar dan mendekati, datang ke rumah sampai hati hampir luluh menerima dirinya. Namun jodoh berkata lain, Anda menikah dengan orang yang beberapa hari saja Anda kenal.

# Anda juga mungkin sering jadi saksi, bagaimana seorang teman yang pacaran bertahun-tahun dengan pacarnya, namun menikah bukan dengan pacarnya. (Pacaran ga jamin nikah Bro!)

# Ada juga yang tersentak hati, saat melihat seorang Sahabat yang begitu tampan dan mapan, namun dapatkan seorang wanita yang susah dikatakan luar biasa. Namun mereka bahagia. Lalu kita berceloteh, "Beruntung banget ya wanita itu!"

# Mungkin kita juga merasa kaget, saat seorang Sahabat pendiam, gak pernah ngomongin pacaran apalagi nikah, tapi nikah muda. Ngalahin orang yang kelihatannya paling siap nikah di kelas kita. Iya nggak?
Sekali lagi masalah jodoh emang misteri. Sob, kita nggak pernah bisa nebak dengan pasti siapa jodohnya siapa. Bahkan kita sendiri nggak pernah dengan pasti bisa memastikan jodoh kita. Sama misterinya dengan pertanyaan, "Berapa banyak rizkiku juga kapan aku menutup usia?".
Hanya Allah yang mengetahui segalanya. Maka mintalah Allah untuk memberikan yang terbaik, menjaga calon jodoh kita, dan menghadiahkannya di waktu dan tempat terbaik yang Allah ridhoi.

****************************************************
JODOH

Jangan asal memilih pendamping hidup. Pilihlah calon suami yang bisa jadi imam sholat. Karena ia kan jadi teladan bagi anaknya kelak.

Pilih calon suami yang jujur dan tanggung jawab. Saat berada ia kan memuliakanmu, saat susah ia tetap memperjuangkanmu.

Pilih calon suami yang santun pada orang tuanya, sayang pada adik kakaknya. Karena ia pun akan melakukan hal yang sama padamu.

Jika kau memilih karena dunianya saja, jangan heran kalau hal itu jadi ujian.
Karena tampan itu terbatas, kaya itu fana, terkenal itu sementara.

Pilihlah karena agamanya, kau kan bahagia.

Moga kau dapat jodoh terbaik. Aamiin


****************************************************

Wednesday, 17 September 2014

JODOH ITU RAHSIA ALLAH

Setiap kali datang tahun baharu, bermakna umur kita semakin meningkat. Semakin umur meningkat, semakin banyak perkara yang difikirkan, terutama apabila banyak perkara dalam kehidupan ini belum tercapai. Antara perkara yang sering menghambat fikiran adalah tentang jodoh.

Daripada pertemuan jodoh yang baik, akan terbina rumah tangga dan keluarga yang baik, seterusnya daripada ahli keluarga yang baik dan bahagia akan terbina negara yang aman dan jaya. Sebab itulah pentingnya perkahwinan, sehingga Nabi Muhammad SAW, tidak mengaku umatnya kepada sesiapa yang menolak perkahwinan. Persoalan tentang jodoh ini banyak kita temui dalam pelbagai situasi. 

Situasi pertama, umur sudah meningkat tetapi masih tidak bertemu jodoh, malah tidak ada tanda-tanda pun akan bertemu jodoh. Sedangkan rakan-rakan dan keluarga sibuk bertanya bilakah akan mengakhiri zaman bujang?

Situasi kedua, sudah bertemu jodoh tetapi tidak yakin pada diri sendiri dan tidak yakin itulah jodoh yang sesuai? 

Situasi ketiga, sudah bertemu jodoh tetapi lebih daripada satu, hingga tidak tahu hendak memilih yang mana satu? 


Situasi keempat, ada yang mendapat jodoh terlalu awal, dalam usia belasan tahun, maka persoalannya bolehkah diteruskan dengan ikatan pernikahan?

Yakinlah bahawa Allah sudah tetapkan jodoh kita semasa kita dilahirkan. Jodoh, rezeki, ajal, dan maut telah ditetapkan Allah sejak roh kita dicipta. Bagi berhadapan dengan orang yang asyik bertanya tentang jodoh, jawablah begini: "Doakan saya, insya-Allah akan mendapat jodoh yang baik."

Jangan bosan atau sensitif apabila orang bertanya tentang jodoh, dan elakkan daripada menghukum orang yang bertanya itu dengan pelbagai prasangka buruk. Sebaliknya bersangka baik dengan menganggap orang yang bertanya itu terlalu mengambil berat dan sayang akan kita, bukan terlalu menyibuk tentang soal peribadi kita.

Umur sudah lebih, sudah ada pekerjaan yang baik, dan ekonomi pun sudah mantap tetapi belum ada jodoh? Kita kena yakin bahawa Allah Maha Pemberi dan Allah Maha Mengetahui bilakah waktu yang terbaik kita mendapat jodoh. Kita jangan pedulikan apa orang kata tentang jodoh kita. Sebab kalau kita dengar apa orang kata, sampai bila pun kita tidak senang hidup, kerana hanya kita yang tahu apa yang kita hendak.

Tidak perlu terlalu beremosi dan sensitif tentang persoalan jodoh ini. Maknanya apabila orang memberi perkara yang tidak baik kepada kita, dengan bertanya perkara yang kita tidak suka, hingga membuatkan hati kita tersinggung, sakit dan geram kita terima dan jangan memberi reaksi negatif. Kerana perasaan negatif; geram, marah, sakit hati, bosan dan menyampah itu akan memberi kesan yang buruk kepada emosi dan kesihatan kita, yang akhirnya melemahkan fizikal kita.

Dalam kehidupan ini, kita tidak tahu perkara yang akan berlaku terhadap kita pada masa akan datang. Kalau kita sudah bertemu jodoh untuk meyakinkan dialah jodoh yang sesuai, kita kena percaya yang pegang hati kita ialah Allah. Bersangka baiklah dengan Allah. Cuba kita fikir, dalam banyak-banyak orang yang kita bertemu, mengapakah Allah mentakdirkan mata kita ternampak dia dan menggerakkan hati kita terpikat kepadanya?