Wednesday, 12 February 2014

Check PAGE RANK


Check PAGE RANK of Web site pages Instantly
In order to check pagerank of a single web site, web page or domain name, please submit the URL of that web site, web page or domain name to the form below and click "Check PR" button.




Check Page Rank of your Web site pages instantly:
This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service

Tuesday, 11 February 2014

AMALAN MURAH REZEKI

1. Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah .a.)
2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.:
“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas .a.)
3. Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.:
“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.”(Riwayat at-Tirmizi)
4. Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya:
“(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-ra’d: 28)
5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:
“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)
Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:
“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)
6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:
“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)
7. Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:
“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…”(Riwayat Muslim)
8. Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.
9. Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata:
“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”
10. Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.
11. Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda:
“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)
12. Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda:
“Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)
13. Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:
“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas .a.)
14. Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah .
15. Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)
16. Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman:
“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7)
Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)
17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.
Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.
Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya ‘Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.
18. Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.
19. Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)
Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.
20. Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah . Firman-Nya:
“Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) .”(At-Thalaq: 3)
Nabi s.a.w. bersabda:
“Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.”(Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab .a.)
Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3)
Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah , lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

Sumber : myibrah

WAKTU MUSTAJAB DOA



Dalam hadis Qudsi, ALLAH SWT berfirman bermaksud, “Wahai hamba-hamba-Ku, seandainya orang-orang terdahulu dan orang-orang terkemudian serta semua daripada kalangan jin dan manusia berdiri di atas dataran yang sama, lalu mereka semua memohon kepada-Ku, kemudian Aku penuhi setiap permintaannya, maka hal itu tidak akan mengurangi apa yang ada di sisi-Ku, melainkan hanya seperti air melekat pada jarum jika dia dimasukkan ke dalam lautan.” (HR Muslim)

Hadis di atas menjelaskan kekayaan dimiliki ALLAH. Dia berasa malu sekiranya Dia tidak memberi kepada seorang hamba yang menadahkan kedua tangan lalu berdoa kepada-Nya. Sabda Nabi SAW, “Sesungguhnya ALLAH AZZA WA JALLA malu jika seorang hamba menadahkan kedua tangannya untuk meminta kebaikan kepada-Nya, lalu ditolaknya dengan sia-sia.” (sahih, HR Ahmad)

ALLAH Maha Mendengar doa hamba-hamba-Nya dan Dia selalu menganjurkan agar setiap insan berdoa kepada-Nya. Firman-Nya, “....Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenan doa permohonan kamu.” (Surah Ghafir:60)

Doa boleh diterima dan ditolak. Syarat doa diterima dan dikabulkan adalah dengan ikhlas memohon kepada-Nya dan mengikuti petunjuk (sunnah) Nabi SAW. Petunjuk Nabi SAW dalam berdoa sangat mudah untuk dipraktikkan. Antara etika berdoa kepada ALLAH ialah:

Pertama, dimulakan dengan pujian kepada nama-nama ALLAH contohnya ar-Rahman, ar-Rahim. Atau dengan kata nama lain bertawassul dengan nama-nama ALLAH. Kemudian selawat kepada Nabi SAW.

Kedua, berdoa dengan penuh keyakinan, bersungguh-sungguh dan tidak leka. Berdasarkan kepada hadis riwayat at-Tirmidzi Nabi SAW bersabda, “Berdoalah kepada ALLAH dalam keadaan engkau yakin doamu akan dikabulkan dan ALLAH tidak menerima doa dari hati yang lalai.”

Ketiga, doa dianjurkan oleh Nabi SAW dalam hadis beliau. Terdapat buku doa ringkas memuatkan doa Nabi SAW dalam pelbagai keadaan, bermula dari bangun tidur sehinggalah kepada aktiviti harian. Buku ini dikarang Syaikh Sa’id bin Ali bin Wahf al-Qahthani berjudul Hisnul Muslim, selain buku al-Adzkar Imam an-Nawawi.

Nabi SAW mengingatkan kita tentang mengapa doa ditolak oleh ALLAH, beliau menjelaskan; “Doa seseorang senantiasa akan dikabulkan selama dia tidak berdoa untuk perbuatan dosa ataupun untuk memutuskan tali silaturahim dan tidak tergesa-gesa.”

Seorang sahabat bertanya; ‘Ya Rasulullah, apakah dimaksud dengan tergesa-gesa? Rasulullah SAW menjawab: ‘Tergesa-gesa adalah apabila orang yang berdoa itu berkata; ‘Aku telah berdoa dan terus berdoa tetapi belum juga dikabulkan’. Setelah itu, dia berasa putus asa dan berhenti berdoa.” (HR Muslim)

Bersangka baik kepada ALLAH itulah yang utama, ALLAH-lah berkuasa mutlak memakbulkan doa dan Dia telah menetapkan beberapa syarat, namun Dia juga tidak memungkiri janji setiap doa akan dikabulkan selagi mana menepati syarat-syaratnya.

ALLAH memberi amaran kepada hamba-Nya agar tidak terjerumus dalam kancah syirik dalam doa, firman-Nya, “Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyembah (atau memohon) yang lain daripada ALLAH, yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat mendatangkan mudarat kepadamu. Oleh itu, sekiranya engkau mengerjakan yang demikian, maka pada saat itu menjadilah engkau dari orang-orang yang berlaku zalim (terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik itu).” (Surah Yunus:106)
Sabda baginda SAW diriwayatkan oleh Imam at-Tirmidzi, “Doa adalah ibadah,” yang memberi pengertian bahawa doa khusus untuk ALLAH semata-mata. Malangnya pada hari ini hak doa dicabuli oleh manusia rakus terhadap dunia kerana mengejar wang ringgit dan kemewahan, doa sepatutnya dipanjatkan kepada ALLAH telah dipesongkan kepada mayat di dalam kubur atau tok bomoh, bahkan benda-benda yang dikeramatkan.
(SinarHarian - 26 Feb 12)

Create Link Hover

Hari nie aku ada kelapangan nak buat tutorial pasal Link Hover yang mana bila cursor menyentuh mana-mana link akan keluarkan underline macam di bawah;


1. Dashboard > Design > Template > Edit HTML.

2. Tekan Ctrl+F serentak, dan cari code di bawah ni.
a:hover { 
3. Kemudian copy code di bawah
border-top: 2px dashed #FF3300; border-bottom: 2px dashed #FF3300;
4. Pastekan di bawah kod para 2 sepertimana di bawah.
5. Preview terlebih dahulu sebelum Save.
    Note;      Purple -Saiz border (tebal/ nipis garisan)
                  Biru    Jenis garisan - solid/ dotted/ dashed.
                  Merah - Jenis warna yang dikehendaki.
 Kod warna di SINI.

Monday, 10 February 2014

Ms Word ~ Cara Pelbagaikan Nombor Mukasurat

Semasa hendak sempurnakan tesis saya baru-baru ini, saya hadapi tiga masalah:


i) Bagaimana hendak halang daripada meletakkan nombor mukasurat pada muka depan iaitu pada halaman cover thesis saya.


ii) Bagaimana hendak buat dua nombor mukasurat yang berbeza. Contohnya, pada daftar isi kandungan, saya mahu nomborkan muka surat bahagian ini dengan nombor roman (eg i, ii, iii, iv and so on), manakala pada bahagian content pula saya hendak nomborkan muka surat itu dengan nombor biasa pula (1, 2, 3 dan seterusnya)


iii) Bagaimana hendak buat dua kali pengiraan untuk muka surat bagi file tersebut. Contohnya, jika pada bahagian daftar isi kandungan berakhir dengan muka surat v (5), bagaimanakah untuk mulakan balik pengiraan pada bahagian content tersebut bermula nombor 1.


Masalah ini saya atasi dengan cara berikut:


i) Pecahkan file word kita yang panjangnya berpuluh-puluh muka surat itu kepada beberapa section yang kita kehendaki. Contohnya, saya jadikan halaman cover thesis saya itu sebagai satu seksyen, bahagian daftar kandungan satu seksyen dan bahagian content atau isi karangan saya itu satu seksyen yang lain menjadikan kesemuanya tiga seksyen.


ii) Untuk pecahkan file word kita kepada beberapa seksyen yang dikehendaki:

  1. Gerakkan cursor anda pada tempat bahagian yang anda mahu pecahkan kepada seksyen berlainan dan klik di tempat tersebut.
  2. Tekan kekotak page layout yang ada terdapat pada bahagian atas microsoft word tersebut. Kemudian klik breaks dan pilih next page.
  3. Selesai langkah (2) diatas, anda sudah berjaya bina dua seksyen dalam file tersebut. Untuk check sama ada betul atau tidak, klik pada kekotakinsert, klik header dan kemudian pilih edit header. Sekiranya apa yang anda telah lakukan betul, maka anda akan dapati pada bahagian bawah mukasurat terakhir seksyen pertama akan tertera Footer -Section 1- manakala pada bahagian atas mukasurat terawal seksyen kedua tertera Header -Section 2-.
  4. Tekan Link to Previous untuk menyahfungsikan fungsi tersebut yang memang sedia ada dalam keadaan default. Jangan lupa lakukan yang sama juga untuk footer anda! 

iii) Disebabkan saya tidak mahu letakkan nombor pada halaman cover thesis saya, maka saya tidak lakukan apa-apa perubahan pada footermuka surat tersebut.


iv) Masukkan nombor muka surat pada seksyen kedua (bahagian daftar kandungan):

  1. Klik kekotak insert--> footer---> edit footer.
  2. Klik pada footer muka surat pertama seksyen kedua.
  3. Klik page number---> Format page number...--->pilih format nombor yang dikehendaki--> pilih page numbering start at 1.
  4. Pilih jenis bahagian mana anda mahu letakkan muka surat file anda.

Sumber: Copy Paste dari Blog Ini Fikrah Ku