Tuesday 14 January 2014

Bukit Broga...Kami Datang



13 Jan 2014, Isnin
Perancangan Aku dan Bulan  untuk melakukan aktiviti pendakian atau dengan kata lain menawan Bukit Broga akhirnya berjaya juga. Aktiviti ini telah lama dirancang, namun baru hari ini kami sama-sama dapat laksanakan atas izin-Nya. 

Perjalanan dari KL bermula jam 05.00am dan kami tiba di tempat parking jam 05.45am. Starting point Bukit Broga ni adalah dalam kawasan ladang kelapa sawit dan kene bayar RM2 sebagai yuran parking. Di kawasan tersebut  juga ada orang menjual makanan dan lampu suluh.  Tapi, pada hari tersebut, tiada sesiapa yang menjual mungkin kerana bukan hari minggu. 

Sebagai persediaan, WAJIB membawa lampu suluh memandangkan keadaan yang begitu gelap. Alhamdulillah...aku teringat juga nak bawa lampu suluh walaupun satu. Jika tidak, kami kenalah tunggu hari cerah sikit baru boleh mendaki. Para pendaki juga perlu memakai kasut yang bersesuaian (sebolehnya kasut sukan) kerana pendakian ini memerlukan kekuatan fizikal kaki untuk naik dan turun Bukit Broga. Tidak perlu memakai sweater kerana sesiapa yang mendaki pasti berpeluh walaupun mentari belum munculkan diri ketika itu.

Pendakian Bukit Broga ni adalah lebih mencabar jika nak dibandingkan dengan pendakian kami ke Gunung Bromo, Surabaya (Oppss lupa, kat Bromo dulu kami berkuda. So, tak terasa cabarannya. Heeeee.....) Ini kerana laluannya yang semulajadi berbatu-batu dan agak licin sekiranya hujan. Memang amat-amat memenatkan. Fuhhhh......

laluan naik/ turun

Setelah berpenat-lelah kami mendaki, mengharungi kegelapan dengan hanya ditemani satu jer lampu suluh serta bintang-bintang yang bertaburan di langit (waktu mendaki memang kami berdua jer tiada para pendaki lain... mungkin kerana kami pergi pada hari bekerja) lebih kurang 45 minit, akhirya kami berjaya tawan puncak pertama jam 06.30am. Alhamdulillah....... 

Aku pun tak pasti Bukit Broga ni ada berapa puncak. Yang pasti kami tak sampai ke puncak terakhir sebab tak nampak pun papan tanda Broga Hills. Subhanallah..... di puncak Broga kalian dapat melihat pemandangan yang begitu indah sekali 

Sunrise @ Broga Hills

pemandangan dari puncak kedua

snap sendiri je dengan gaya posing yang spontan. sehati sejiwa

Foto ni kami snap sendiri okeyh tanpa pertolongan sesapa...hanya dengan menggunakan kamera Android. So, cuba bayangkan macam mana kami buat. heheheh..


Di kegelapan pagi

Dua foto di atas ni kami snap masa nak mendaki lebih kurang jam 06.15am. Keadaan memang gelap gelita dan tiada sesiapa melainkan kami berdua (kecut perut juga dibuatnya). 

perjalanan turun dari puncak pertama


tempat parking/ starting point

Kami berdua turun dari puncak jam 07.30am setelah puas menikmati keindahan alam dari puncak Broga.

p/s ~ Hopefully, inilah kali terakhir kami mendaki berdua sahaja dalam kegelapan demi keselamatan diri. Kalau hari minggu mungkin tak de masalah sebab orang ramai.

No comments:

Post a Comment