Wednesday, 11 December 2013

KOLEKSI PROGRAM TANYALAH USTAZ TV 9 (1)



Ubat & Doa untuk Anak Cerdik - Ustaz Sharhan Shafie




Petua & Penawar Untuk Anak Degil - Ustaz Sharhan Shafie




Penawar Sakit Kepala (Migrain) - Ustaz Sharhan Shafie




Doa Kuat Ingatan (Tidak Mudah Lupa) - Ustaz Sharhan Shafie




Penawar Penyakit Batu Karang & Senggugut - Ustaz Sharhan Shafie





KOLEKSI PROGRAM TANYALAH USTAZ TV 9



Penawar Sakit Tumit - Ustaz Sharhan Shafie



Mimpi Tanda Disihir - Ustaz Sharhan Shafie



Doa Dipertemukan Jodoh - Ustaz Sharhan Shafie



Penawar Rabun Mata - Ustaz Sharhan Shafie



Penawar Sakit Sendi - Ustaz Sharhan Shafie




NEXT

Thursday, 17 October 2013

Fadhilat Dan Khasiat Surah Al-Waqiah


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

''Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang''


Surah Al-Waqiah adalah surah yang ke -56 di dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Dinamakan Al-Waqiah kerana diambil dari lafaz Al-Waqiah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang ertinya kiamat.
Di dalam surah Al-Waqiah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan juga penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah SWT dan adanya hari berbangkit.

Al-Waqiah Surah Kekayaan

Surah Al-Waqiah memang terkenal dengan beberapa khasiatnya dan kelebihan tersendiri dan hadis mengenainya adalah sahih.
1.  Dengan mewiridkan surah Al-Waqiah sebagai bacaan rutin setiap hari dan malam, maka Allah menjauhkan kefakiran selamanya. Sa’ad Al Mufti mengatakan, bahawa hadis ini sahih.
Rasulullah SAW bersabda:
Man qara’a suratal-Waqi’ati lam yaftaqir abada.
“Sesiapa (membiasakan) membaca surah Al-Waqiah, maka ia tidak akan kefakiran selamanya.”
2.  Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”
3.  Daripada Ibnu Mas’ud r.a., Rasulullah SAW bersabda:  “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah setiap malam, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya.” (HR: Al- Baihaqi)
4.  Rasulullah SAW bersabda:  “Ajarkanlah surah Al-Waqiah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)
5. Rasulullah SAW bersabda:  “Sesiapa yang membaca surah Al-Waqiah setiap malammaka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”

Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”

Khasiat Surah Al-Waqiah

Di dalam surah Al-Waqiah terkandung beberapa fadhilat dan khasiat, antara lain:
1.  Mereka yang membacanya sebagai wirid, Insya’Allah akan beroleh kesenanganselama-lamanya.
2.  Bila orang membiasakan membaca surah ini setiap malam satu kali, maka diadijauhkan dari kemiskinan selamanya.
3.  Mereka yang membacanya sebanyak 14 X setiap lepas Solat Asar, Insya’Allah akan dikurniakan dengan kekayaan dan rezeki yang berlimpah ruah.
4.  Jika dibaca surah ini sebanyak 41 X dalam satu majlis, Insya’Allah ditunaikan segala hajatnya khususnya yang berkaitan dengan rezeki.
5.  Menjadi orang kaya yang sentiasa bersyukur, amalkan membaca surah ini sebanyak 3 X selepas Solat Subuh dan 3 X selepas Solat Isyak. Insya’Allah tidak akan berlalu masa setahun itu melainkan ia akan dijadikan seorang yang hartawan lagi dermawan.
6.  Amalan orang-orang sufi, supaya dilimpahkan rezeki; Insya’Allah berhasil:
  • Hendaklah berpuasa selama seminggu bermula pada hari Jumaat.
  • Selepas tiap solat fardhu bacalah Surah Al-Waqiah sebanyak 25 kali sehinggalah sampai pada malam Jumaat berikutnya.
  • Pada malam Jumaat berikutnya, selepas solat Maghrib bacalah Surah Al-Waqiah sebanyak 25 kali dan selepas solat Isyak sebanyak 125 kali.
  • Diikuti dengan selawat ke atas Nabi sebanyak 1000 kali.
  • Setelah selesai, hendaklah ia memperbanyakkan sedekah.
  • Kemudian amalkanlah Surah Al-Waqiah ini sekali pada waktu pagi dan petang.
7.  Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi’ah, ayat 35-38 sebanyak 7 X. Tiup dalam air danminum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita.

Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah : “Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.”

8.  Surah Al-Waqiah ini jika dibaca di sisi mayat atau orang yang sedang nazak, Insya’Allah di permudahkan untuk roh keluar dari jasadnya. Jika dibaca disisi orang sakit,diringankan kesakitannya. Jika di tulis, kemudian dipakaikan kepada orang yang hendak bersalin, Insya’Allah segera melahirkan dengan mudah. Boleh juga dibaca di sisi orang yang hendak bersalin sebagai selusuh.

Petua Kaya Syeikh Abi’l Abbas

Menurut As’Syeikh Abi’l Abbas katanya;  Dengan mengamalkan seperti berikut, Insya’Allah, ia akan menjadi orang kaya.
1.  Bila hendak mengamalkan surah Al- Waqiah ini, terlebih dahulu berpuasa selama 7 hari, di mulai pada hari Jumaat berakhir pada hari Khamis. Buka puasanya hanya makan sayur-sayuran / tumbuhan sahaja (tidak memakan sesuatu yang bernyawa seperti tidak makan ikan, daging, segala haiwan).
2.  Dalam 7 hari itu, sesudah solat fardhu, membaca surah Al-Waqiah sebanyak 25 X. Apabila bacaan tersebut di mulai setelah solat fardhu Subuh pada hari Jumaat pertama, maka diakhirilah pembacaan Al-Waqi’ah itu pada setelah fardhu Isyak pada Jumaat berikutnya.
3.  Pada malam Jumaat terakhir ini hendaklah membaca surah Al-Waqiah sebanyak 125 X, kemudian berselawat 1000 X.

Insya’Allah, dengan mengamalkan surah Al-Waqiah seperti yang diberitahu dalam hadis-hadis Nabi SAW, kita akan memperolehi rezki yang banyak, supaya kita dapat menolong dan membantu orang lain yang memerlukan bantuan dan memperbanyakkan lagi amal jariah kita supaya dapat dibawa ke sana nanti.
Bacalah surah Al-Waqiah ini dengan hati yang ikhlas memohon rezki dariNya. Jangan berniat untuk kaya di dunia yang sementara. Dalam niat kita dengan rezeki yang banyak kita dapat beribadat kepadaNya dan membuat amal jariah. Barulah Allah SWT memperkenankan doa-doa kita.




Kredit : shafiqolbu

Thursday, 18 July 2013

Antara Masjid Paling Indah Di Dunia


1) Masjidil Haram
Masjidil Haram di Mekah merupakan tempat yang paling suci bagi umat Islam di seluruh dunia. Setiap tahun, berjuta-juta umat akan ke Tanah Suci Mekah untuk menyempurnakan ibadah Haji dan Umrah.
Masjidil Haram di Mekah merupakan tempat yang paling suci bagi umat Islam di seluruh dunia. Setiap tahun, berjuta-juta umat akan ke Tanah Suci Mekah untuk menyempurnakan ibadah Haji dan Umrah.

2) Masjid An Nabawi
Masjid an-Nabawi di Madinah adalah fokus umat Islam pada musim Haj. Bersama dengan Masjidil Haram di Mekah, ia adalah tempat yang paling suci untuk agama Islam.
Masjid An-Nabawi di Madinah adalah fokus umat Islam pada musim Haji. Bersama dengan Masjidil Haram di Mekah, ia adalah tempat yang paling suci untuk agama Islam.

3) Blue Mosque
Sultanahmet Camii, juga dikenali sebagai Blue Mosque, di antara masjid yang paling mashyur di Turki. Pembinaannya mengambil masa tujuh tahun, dari 1609 hingga 1616. Seni bina masjid ini dipengaruhi un
Sultanahmet Camii, juga dikenali sebagai Blue Mosque, di antara masjid yang paling mashyur di Turki. Pembinaannya mengambil masa tujuh tahun, dari 1609 hingga 1616. Seni bina masjid ini di pengaruhi unsur-unsur Ottoman dan Byzantine.

4) Masjid Muhammad Ali Pasha

Masjid Muhammad Ali Pasha di Cairo, Mesir menampilkan seni bina Ottoman yang klasik. Ia dibina oleh pemerintah Mesir, Muhammad Ali Pasha untuk mengingati anak sulungnya, Tusun Pasha
Masjid Muhammad Ali Pasha di Cairo, Mesir menampilkan seni bina Ottoman yang klasik. Ia dibina oleh pemerintah Mesir, Muhammad Ali Pasha untuk mengingati anak sulungnya, Tusun Pasha.

5) Masjid Jamek

Masjid Jamek, adalah salah satu masjid yang paling ikonik untuk penduduk-penduduk bandaraya Kuala Lumpur. Malah, ia merupakan tapak di mana bandaraya kami ini 'dilahirkan'.
Masjid Jamek, adalah salah satu masjid yang paling ikonik untuk penduduk-penduduk bandaraya Kuala Lumpur. Malah, ia merupakan tapak di mana bandaraya kami ini 'dilahirkan'.

6) Great Mosque of Xi'an 

Great Mosque of Xi'an di China menampilkan ciri-ciri budaya Cina bersebelahan dengan seni bina Islam.
Great Mosque of Xi'an di China menampilkan ciri-ciri budaya Cina bersebelahan dengan seni bina Islam.

7) Masjid Badsashi

Masjid Badshahi telah dibina oleh Maharaja Mughal yang mashyur, Aurangzeb, pada tahun 1671. Ia merupakan masjid yang kelima paling besar di dunia.
Masjid Badshahi telah dibina oleh Maharaja Mughal yang mashyur, Aurangzeb, pada tahun 1671. Ia merupakan masjid yang kelima paling besar di dunia.

8) Masjid Faisal

Masjid Faisal di Islamabad adalah masjid yang paling besar di Pakistan. Vedat Dalokay, arkitek Turki yang mengilhamkannya, menggunakan khemah Beduin sebagai inspirasi seni bina Masjid Faisal.
Masjid Faisal di Islamabad adalah masjid yang paling besar di Pakistan. Vedat Dalokay, arkitek Turki yang mengilhamkannya, menggunakan khemah Beduin sebagai inspirasi seni bina Masjid Faisal.

9) Masjid Besar Baiturrahman

Masjid Besar Baiturrahman di Banda Acheh, Indonesia telah dibakar habis apabila Acheh diserang kuasa Belanda pada tahun 1873. Namun, ia telah dibina balik satu dekad kemudian. Ia antara masjid yang pa
Masjid Besar Baiturrahman di Banda Acheh, Indonesia telah dibakar habis apabila Acheh diserang kuasa Belanda pada tahun 1873. Namun, ia telah dibina balik satu dekad kemudian. Ia antara masjid yang paling indah di seluruh Indonesia

Sumber : 
http://my.news.yahoo.com/

Tuesday, 9 July 2013

Adab Membaca Al-Quran


Ketika membaca al-Quran, seorang Muslim perlu memperhatikan adab berikut untuk mendapatkan kesempurnaan pahala dalam membacanya. Membaca Qur’an seharusnya sudah menjadi agenda harian kita. Dengan rutin membaca , maka kita akan dimudahkan melangkah ke tahap selanjutnya yaitu , berusaha mengerti dan memahami makna dari yang rutin kita baca tersebut.
Kita usahakan program rutin membaca Alquran menjadi bagian dari kebutuhan hidup kita, sebagaimana makan dan minum. Agar Al-Qur’an memberi bekas ke dalam hati, ada adab-adab yang perlu Anda perhatikan saat membacanya.
Berikut adalah adab membaca al-Quran dari kitab At-Tibyan fi Adab Hamalat al-Quran oleh al-Imam an-Nawawi yang saya dapat senaraikan kepada 22 perkara, iaitu:
  1. Berniat ikhlas kerana Allah SWT.
  2. Menggosok gigi atau bersiwak sebelum membaca al-Quran.
  3. Membaca dalam keadaan berwuduk.
  4. Mengadap ke arah kiblat.
  5. Memulakan dengan at-Ta’awwuz.
  6. Membaca al-Quran dari Mushaf lebih utama dari membaca tanpa melihat. Walaupun begitu bagi yang ingin menghafaznya, diharuskan membaca dari hafazan tanpa melihat.
  7. Membaca dengan suara yang merdu dan kuat agar dapat dihayati oleh diri sendiri dan orang lain. Al-Imam al-Ghazali ada menyatakan, jika kita bimbang akan timbul riak iaitu ingin menunjuk-nunjuk, maka membaca secara perlahan itu lebih utama. Sebaliknya jika dapat menjaga daripada timbulnya penyakit berkenaan, maka digalakkan membaca dengan suara yang nyaring – Ihya’ Ulumiddin.
  8. Membaca dengan perhatian dan memahami ayat-ayat yang dibacakan.
  9. Membaca dengan tadabbur dan menangis. Antara adab-adab tadabbur itu ialah memperlahankan suara apabila sampai pada ayat yang menyentuh mengenai sifat Allah SWT menurut tafsiran orang kafir. Sebagai contoh orang Yahudi mengatakan Nabi Uzair anak Allah SWT seperti yang disebutkan Allah dalam surah at-Taubah ayat 30. Contoh yang lain ialah persepsi mereka bahawa Allah SWT tidak berkuasa mengurniakan rezeki kepada hamba-Nya seperti yang difirmankan dalam ayat 64 surah al-Maidah.
  10. Memuliakan al-Quran. Kita dilarang membaca al-Quran sambil ketawa ataupun sambil berbual melainkan mengenai sesuatu yang amat penting.
  11. Membaca ayat dan surah mengikut susunannya dalam tertib al-Quran, yang dulu didahulukan dan kemudian dikemudiankan.
  12. Beramal dengan ajaran al-Quran itu.
  13. Sentiasa membaca al-Quran terutama pada waktu pagi kerana Nabi SAW mendoakan keberkatan waktu itu. Diriwayatkan dalam al-Mustadrak oleh al-Hakim dari Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang membaca 10 ayat, maka dia tidak akan tergolong dari kalangan orang yang lalai.” – (2085, hadis sahih mengikut syarat Muslim)
  14. Berusaha menghafaz ayat al-Quran dan mengulang-ulang ayat itu supaya sentiasa mengingatinya.
  15. Meletakkan sasaran untuk mengkhatamkan al-Quran itu.
  16. Memanjatkan doa sebaik tamat membaca al-Quran kerana waktu itu adalah antara waktu mustajab doa.
  17. Dilarang membaca al-Quran di tempat yang tidak sewajarnya seperti di dalam tandas.
  18. Mengucup al-Quran kerana dikiaskan dengan mengucup Hajar al-Aswad kerana ia juga hadiah kepada Allah SWT.
  19. Mewangikan al-Quran sebagaimana meletakkan wangian pada Hajar al-Aswad.
  20. Meletakkan al-Quran di tempat yang tinggi.
  21. Berusaha untuk menghayati isi kandungan al-Quran hingga membawa ke peringkat menangis atau menitiskan air mata.
  22. Tidak memberi salam kepada seseorang yang sedang membaca al-Quran.
Posted on the July 24th, 2011 under Agama by Harian Metro Online

Thursday, 4 July 2013

Create New Blog


Tutorial ini dalah untuk mereka-mereka yang tidak pernah mempunyai blog dan berminat untuk menghasilkan blog sendiri serta berkesanggupan untuk meng'update' blog tersebut.

1.  Buka laman web www.blogger.com seperti dibawah;



2.  Bagi yang telah mempunyai emel Gmail boleh terus Sign In. Sekiranya ingin menggunakan emel baru boleh klik Sign Up untuk create emel baru.

3.  Masukkan maklumat yang dikehendaki sehingga lah proses selesai.

4.  Terhasil sudah blog yang anda kehendaki. Bolehlah mula untuk meng’update’ atau mencantikkan blog tersebut.

5.  Nak lagi detail, boleh pergi ke KhaiAngel (dot) com.

~ SELAMAT MAJU JAYA ~

Wednesday, 3 July 2013

Surabaya (Part I)

PERANCANGAN KE SURABAYA (KUALA LUMPUR - SURABAYA - KUALA LUMPUR)

Date             : 25 Apr 2013 - 29 Apr 2013
KUL - SUB      : 25 April 2013 (09.35–12.50 / QZ8277)
SUB - KUL      : 29 April 2013 (08.50–11.55 / AK1393)
Liburan ke Surabaya adalah atas cadangan kawan aku, Si Bulan.... Aku dengan senang hatinya bersetujulah dengan idea tersebut (almaklumlah, dah lama sangat dia ajak aku bercuti ke 'oversea'). Perancangan ini dibuat pada awal April tahun 2012 memandangkan ada promosi Air Asia. Harga Tiket = RM 110.00 - pergi balik (murahkannn). Perancangan asalnya mau ke Bandung, tapi apakan daya...tak kesampaian..tiket fully booking. Kami ke sana bertiga (Three Girls), takde lah rasa takut sangatkannn (pengalaman pertama ke luar Malaysia)..
Three Girls

Apa yang menariknya di Surabaya? Kalau di Bandung semua orang tahu.. itu tempat shopping.. So, awal tahun 2013 tanpa melengahkan masa bermulalah pencarianku bersama Google untuk terjah tempat-tempat menarik di Surabaya.. Antara wisata menarik di Surabaya adalah Gunung Bromo. Three Girls ke Gunung Bromo dengan menggunakan servis Travel Agent. Banyak-banyak travel agent yang di google, inilah travel agen yang sesuai dengan bajet Three Girls ;
Travel Agency: Travel Juanda (Bayu Ardhi Febrianto)
Paket : Tour Bromo (2 Day 1 Night)
Office : Perumgriya Sejahtera A-2, Sedati – Sidoarjo, 61253 Surabaya
No Telp. 031 – 77552278, Phone : 081 333 110846, Pin Bb : 21eeb85e
Call Center : 081 333 110 846.
Email :info@traveljuanda.cominfo@anugerahtrans.com
Website :http://www.traveljuanda.comhttp://www.anugerahtrans.com
Aku insan yang sukarela membuat pencarian ini telah berhubung sama Pak Bayu melalui emel (lebih mudah & jimat berbanding penggunaan telepon) ; 
Reservasi = Reservation

Masa mula-mula nak transfer duit ke Pak Bayu melalui Western Union cuak lah jugak.. takut kene tipu.. uang deposit Rp. 250.000 bersamaan RM 93.++. So, bila keluar resit = kwitansi macam kat bawah ni barulah rasa kompiden sikit dengan travel agent ni.
Kwitansi = Resit

Servis yang diberikan memang bagus dan Pak Bayu seorang yang 'tak berat mulut' (boleh dibawa berbual).



Keperluan Yang Dibawa;
1) Bagpack (senang dibawa)
2) Passport/ Uang Rupiah
3) Pakaian - Baju/ Seluar (tak perlu banyak)
4) Sweater/ Glove/ Shawl/ Stoking/ Mask/ Kasut/ Torchlight @ Mt. Bromo
5) International Adaptor & Extension Wire
6) Camera / Selipar
7) Toileteries (Personal Things)
8) Poncho @ Air Terjun Madakaripura

9) Ubat-Ubatan / Telekung

next Surabaya (Part II) / Bajet Trip to Surabaya

Tuesday, 11 June 2013

Monday, 10 June 2013

Seminar @ Cinta Sayang Resort, Sungai Petani


Tanggal 29 Mei 2013, satu seminar telah diadakan di Sungai Petani selama 4 hari 3 malam. Daripada Kuantan transit terlebih dahulu di Kuala Lumpur sebelum bertolak ke Sungai Petani. Perjalanan dari KL ke Sg. Petani mengambil masa selama enam (6) jam termasuk berhenti makan di R&R Rawang dan R&R Sungai Perak. Apa yang aku nak cerita di sini bukan pasal seminar tu.. tapi pasal pemandangan sepanjang berada di Sungai Petani. Subhan Allah.... sungguh mengasyikkan.... pemandangan sawahnya yang menghijau dan terbentang luas saujana mata memandang... Saksikan beberapa keping gambar yang sempat dirakamkan  =)
Gemuk - gemuk ikan di Cinta Sayang Resort... pandai diaorang jaga...

Alhamdulillah.. sempat pi terjah kenduri kawen adik kawan di Sungai Petani.. rezeki. 
Kek ni dihasilkan sendiri oleh kakak beliau suekacakes, terbaiikkk... 

Hari berikutnya, di sebelah petang kami sempat menjelajah ke Muzium Padi yang terletak di Gunung Keriang. Dalam perjalanan tu ternampaklah nama papan tanda jalan yang menarik perhatianku...
 'Jalan Suka Menanti'
(memang...suka menanti trafik light bertukar hijau)
 Ni nak habaq mai sikit pasai Muzium Padi, Gunung Keriang pada orang luaq dari Kedah. 
Muzium Padi
Gunung Keriang
Muzium Padi terletak di Gunung Keriang, 8km dari Bandaraya Alor Setar. Telah dibuka dengan rasminya oleh KDYMM Tuanku Sultan Haji Abdul Halim Mu’adzam Shah, pada 12 Oktober 2004, bersamaan 27 Syaaban 1425. Keluasan keseluruhan Muzium Padi ini ialah 12,000 meter persegi dan mempunyai tiga aras. (Sumber : Lembaga Muzium Negeri Kedah)
 
Pintu Masuk 
Terdapat panorama tanaman padi dalam bentuk mural dan lanskap dan terletak di atas platform berputar 3600 Mural ini mempunyai ketinggian lapan meter serta 103 meter panjang dan merupakan salah satu mural yang terbesar dan tercantik di Malaysia (ku akui memang betui).
 
 
 
Pemandangan/ Panorama di atas adalah dalam bentuk 3D (memang nampak macam real)

Kuih dan bedak kuntum (bedak sejuk) berasaskan beras

Dalam waktu yang singkat, kami juga sempat menyinggah di Pekan Rabu... tapi tak ada gambar... sibuk nak bershopping...

Pemandangan sebenar dalam perjalanan pulang ke KL

p/s : mesti seronok kalau mai musim menuai. teringin nak main kat sawah.. huhuhu... kampungku takdak sawah tapi ada pantai =)

Saturday, 8 June 2013

MS EXCEL - Tukar Text Ke HURUF BESAR / kecil / Proper



Tips ini untuk kawanku yang mengalami user key-in data dalam HURUF BESAR dan huruf kecil. So, dia terpaksa menukar data-data tersebut ke standard format? Takkan nak tukar data tu satu persatu!!!!! Hadoiiii.. bila nak siap kalau ada beribu data yang perlu diselaraskan formatnya? Contoh huruf data yang bercampur HURUF BESAR dan huruf kecil seperti di bawah;


Sebenarnya ada cara yang boleh dilakukan untuk selaraskan huruf-huruf tersebut iaitu dengan menggunakan function seperti berikut: 
UPPER( )- menukar kandungan cell kepada HURUF BESAR.
lower( ) - menukar kandungan cell kepada huruf kecil. 
Proper( ) – menukar kandungan cell kepada Huruf Besar Pada Awal Perkataan.
Ikuti langkah-langkah di bawah;
(Contoh di bawah ni ialah saya nak tukarkan semua huruf kepada HURUF BESAR)

BAHAGIAN PERTAMA

1) Pergi ke cell yang ingin dikeluarkan outputnya

2) taip '=UPPER(cell) untuk HURUF BESAR, =lower(cell) unuk huruf kecil, = Proper(cell) untuk Huruf Besar Pada Awal Perkataan' di output cell

3) copy formula tersebut kepada output cell yang lain

4) Siap bahagian pertama untuk selaraskan semua huruf tue tanpa perlu tukar secara manual iaitu tak perlu taip satu persatu. 

5) So pergi ke bahagian kedua pula untuk copy output cell tadi dan seterusnya paste special pada cell asal . Lepas tu boleh lah buang output cell tadi. Fahammmmmmmmm..... Cuba dulu yer..

BAHAGIAN KEDUA

6) Copy output cell yang telah ditukarkan semuanya iaitu cell C 

7) Paste special di cell B (paste special tau.. bukan paste biasa). Akan keluar popup seterusnya tick pada 'value' then tekan ok

8) Then, bolehlah delete Output Cell C tadi.

SELAMAT MENCUBA =)


Thursday, 6 June 2013

Masjid-Masjid Di Malaysia


Ada banyak masjid di seluruh pelusuk negara. Senibina masjid di Malaysia amat mengagumkan dan memukau mata. Semoga keindahan senibinanya seiring dengan kemakmuran masjid itu sendiri.

10 masjid di Malaysia
Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur
10 masjid di malaysia
Masjid Kristal, Terengganu
10 masjid di malaysia
Masjid Bukhari, Kedah
10 masjid di malaysia
Masjid Terapung, Terengganu
10 masjid di malaysia
Masjid Ubudiah, Perak
10 masjid di malaysia
Masjid Zahir, Kedah
10 masjid di malaysia
Masjid Putra, Putrajaya
10 masjid di malaysia
Masjid Besi, Putrajaya
10 masjid di malaysia
Masjid Al-Azim, Melaka
10 masjid di malaysia
Masjid UMS, Sabah
Credit to PuteraDuyong