Alhamdulillah.. sempat pi terjah kenduri kawen adik kawan di Sungai Petani.. rezeki.
Kek ni dihasilkan sendiri oleh kakak beliau suekacakes, terbaiikkk...
Hari berikutnya, di sebelah petang kami sempat menjelajah ke Muzium Padi yang terletak di Gunung Keriang. Dalam perjalanan tu ternampaklah nama papan tanda jalan yang menarik perhatianku...
'Jalan Suka Menanti' (memang...suka menanti trafik light bertukar hijau) |
Muzium Padi |
Gunung Keriang |
Muzium Padi terletak di Gunung Keriang, 8km dari Bandaraya Alor Setar. Telah dibuka dengan rasminya oleh KDYMM Tuanku Sultan Haji Abdul Halim Mu’adzam Shah, pada 12 Oktober 2004, bersamaan 27 Syaaban 1425. Keluasan keseluruhan Muzium Padi ini ialah 12,000 meter persegi dan mempunyai tiga aras. (Sumber : Lembaga Muzium Negeri Kedah)
Pintu Masuk |
Terdapat panorama
tanaman padi dalam bentuk mural dan lanskap dan terletak di atas platform berputar 3600 Mural
ini mempunyai ketinggian lapan meter serta 103 meter panjang dan merupakan
salah satu mural yang terbesar dan tercantik di Malaysia (ku akui memang betui).
Pemandangan/ Panorama di atas adalah dalam bentuk 3D (memang nampak macam real)
Kuih dan bedak kuntum (bedak sejuk) berasaskan beras
Dalam waktu yang singkat, kami juga sempat menyinggah di Pekan Rabu... tapi tak ada gambar... sibuk nak bershopping...
Pemandangan sebenar dalam perjalanan pulang ke KL
p/s : mesti seronok kalau mai musim menuai. teringin nak main kat sawah.. huhuhu... kampungku takdak sawah tapi ada pantai =)
No comments:
Post a Comment