Thursday, 9 October 2014

MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI


Tulisan/ Artikel ini saya copy paste dari Facebook Mudahnya Menjempt Rezeki untuk bacaan saya sendiri dan sesiapa yang mengunjungi blog ini.


AMALAN UMUM UNTUK SELESAI MASALAH DAN PELBAGAI HAJAT
****************************

1) Solat di awal waktu (wanita) dan berjemaah di masjid atau surau (lelaki )

2) Zikir 300 pagi dan 300 petang ( sebelum Subuh dan Sebelum Asar )
3) Apakah yang dimaksudkan dengan zikir 300 pagi dan 300 petang itu...?
4) 300 pagi = 100 kali ( Beristighfar ), 100 kali ( Berselawat ) , 100 kali ( Bertasbih- Subhanaallah walhamdulillah walailahaillallahuallahuakhbar )
5) 300 petang pun sama. Jika tidak sempat sebelum Subuh dan Sebelum Asar. Buat lepas Subuh dan lepas Asar.
6) Setelah selesai, berdoa apa yang dihajatkan. Mohon doakan juga hajat-hajat saudara kita yang lain ya tuan...khususnya warga MMR.
7) Cubalah tuan....saya akan bermusafir selama 10 hari . ( 12/12 - 21/12 )
8) Pada 22 hb nanti , tentu ada cerita menarik. Yakni kepada saudara yang sanggup dan tekun mengamalkannya.
9) Siapakah yang sanggup beramal dan tekun mengamalkannya untuk 10 hari akan datang..?
10) Anggaplah info ini sebagai perkongsian/hadiah/sedekah pada hari Jumaat yang mulia ini.
11) Kalau ada sumur di ladang, boleh saya menumpang mandi, kalau ada umur yang panjang, insya-Allah kita bertemu lagi.
12) Maafkan saya...., maafkan saya..., maafkan saya....
13) Mohon doakan kami...
14) Saya pasti merindui kalian. Insya-Allah
15) Saya minta diri dahulu...

_______________________________________________________________________ 
TIPS UNTUK SEGALA HAJAT ( DAN SEGALA MASALAH )
****************************

1) Berhenti menceritakan kesusahan atau hajat kepada orang. Cukuplah semalam. Mulai hari ini tiada orang baru yang tahu kisah dan hajat kita. ( buat biasa saja... )

2) Solat di awal waktu. (Cari jalan . Cukuplah dengan alasan yang sudah-sudah). Bagi lelaki solatlah berjemaah (seboleh-bolehnya cari peluang untuk berjemaah di surau atau di masjid )

3) Setiap lepas solat doa begini; " Ya, Allah, saya serahkan urusan ini kepada-Mu; berilah jalan keluar yang terbaik ya Allah. Amin. (mulakan doa dengan selawat dan istighfar dan tutup dengan selawat )

4) Doakan orang lain juga (banyak-banyak )

Tidak perlu lama:
Jika saudara bersungguh, jalan keluarnya (atau hajatnya ) Allah beri dalam tempoh:
3 hari
40 hari
4 bulan.
_______________________________________________________________________ 

TIPS SEBELUM TIDUR (AMALAN YANG MENDAPAT JAMINAN ALLAH)
****************************
INI JAMINAN ALLAH TUAN.
(Bukan wali, bukan alim, bukan Nabi)

SEKALI LAGI,
INI ALLAH YANG JAMIN.
MASYA-ALLAH...!

" Sayyidina Abu Umamah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda,
" Ada tiga jenis orang yang berada dalam jaminan Allah. Sekiranya dia hidup maka dia akan diberi    rezeki dan akan dibantu dalam urusan-urusannya.
" Sekiranya dia mati maka dia akan dimasukkan ke dalam syurga,"

" Pertama, seorang yang masuk ke rumahnya memberi salam."
" Kedua, seorang yang keluar untuk pergi ke masjid."
" Ketiga, seorang yang keluar ke jalan Allah."
HR Ibnu Hibban
_______________________________________________________________________  

TIPS SEBELUM TIDUR (BERBUAT KEBAIKAN)
****************************
Sebenarnya bila kita memberi sesuatu (Kebaikan), ombak rezeki sudah pun dicipta. Tunggu masa sampai sahaja.

Bila dan bagaimana, tidak mungkin kita mampu memikirkannya. Ia hak eksklusif Allah. dan yang pasti janji Allah benar dan konsisten sehingga ke syurga.

Orang yang faham hal ini pasti sanggup untuk berbuat kebaikan setiap hari.

Kesannya? ombak rezeki beliau pun bertali aruslah datangnya.

"Sesiapa yang berbuat kebaikan mendapat sepuluh kali ganda amalannya. Dan sesiapa berbuat kejahatan dibalas seimbang dengan kejahatannya. Mereka sedikit pun tidak dirugikan (dizalimi ) "
( al-An'am : 160)
_______________________________________________________________________ 

TIPS BERSAHABAT
****************************

Ambil masa mengenali beliau.
Perhatikan, perhatikan, perhatikan....
Jika hati tidak selesa; jauhkan diri dengan sopan dan lemah lembut.
(Kemudian beliau itu kita anggap saja sebagai kenalan; dan bukanlah sahabat)

1) Pilih yang tidak suka bergaduh
2) Pilih yang tidak gemar bergurau
3) Pilih yang tidak mudah berjanji

Sayyidina Abdullah bin Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda,
" Janganlah kamu bergaduh dengan saudara kamu, janganlah kamu bergurau dengannya ( sehingga menyakitinya) dan janganlah kamu berjanji dengannya sesuatu yang tidak dapat kamu tunaikan. " (HR Tirmizi )

_______________________________________________________________________ 

TIPS SEBELUM TIDUR (RAHSIA DICINTAI ALLAH)
****************************
- Orang yang suka bersedekah (pada masa susah dan senang )
- Orang yang menahan kemarahannya
- Orang yang memaafkan kesalahan orang

" Allah berfirman, " Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amalan-amalan baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu dan (mendapat) syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang bertakwa.

Iaitu orang yang menafkahkan (mendermakan) hartanya padamasa senang dan susah, orang yang menahan kemarahannya dan orang yang memaafkan kesalahan orang. (Ingatlah ) Allah mencintai orang yang berbuat kebajikan. ( Ali Imran: 133-134 )
_______________________________________________________________________  

RAHSIA ELAK KEBIMBANGAN DAN DUKACITA
****************************
SEDEKAH,SEDEKAH, SEDEKAH....
MALAM DAN SIANG.

" Orang yang menafkahkan harta mereka pada waktu malam dan siang dengan cara sembunyi atau terang-terangan, maka mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka dan tidak ada kebimbangan (daripada berlaku kejadian yang tidak baik ) pada mereka serta mereka pula tidak berduka-cita." (al-Baqarah: 274 )

_______________________________________________________________________  

BACA SELAWAT SEMASA SOLAT HAJAT
****************************

1) Amalan ini saya pelajari dari seorang ustaz yang datang mengajar di Masjid Ar-Raudah, Pangkalan Udara Gong Kedak, Besut, Terengganu.

2) Selepas selesai salam, sujud semula dan baca:

- Istigfar 10 kali
- Selawat 10 kali
- Berdoa
_______________________________________________________________________ 

TIPS PUJUK HATI
****************************
1) Seseorang pinjam duit kita dan tidak bayar-bayar.
2) Pembeli beli produk kita dan tidak bayar-bayar.
3) Hakikatnya Allah belum izin bayar ( Adalah sebabnya )

Amalannya;
PUJUKLAH ALLAH DULU.

1) Pujuk Allah dengan Istighfar
2) Pujuk Allah dengan Selawat
3) Pujuk Allah dengan buat (banyak-banyak )apa yang Allah suka.
4) Pujuk Allah, ada macam-macam cara tuan....

Kemudian kita akan mampu pula pujuk hati sendiri bahawa:
" Allah tidak pernah mengambil sesuatu dari kita , kecuali untuk menggantikannya dengan yang lebih baik"
_______________________________________________________________________ 

KISAH BENAR TENTANG JODOH.
****************************
Kisah ini diceritakan sendiri oleh penulis buku " Berdua Lebih Baik", sebentar tadi.

Seorang pensyarah maktab perguruan (Si Kakak ) bercerita bagaimana cemas perasaannya bilamana Si Adik dipinang orang.

Beliau begitu bimbang dikata orang " Adik yang laku dulu".

Lalu, beliau pun bersungguh-sungguh melakukan "amalan khas" ini. Ditakdirkan Allah, tidak lama selepas itu jodoh beliau pun sampai.

Masya-Allah.

Amalan tersebut boleh dilakukan oleh sesiapa saja.

Bagaimanakah pula saudara ditemukan dengan jodoh saudara?
Ceritalah....dapatlah adik-adik kita ambil iktibar darinya.

Saya dapat rezeki jodoh ini pun agak lewat. Umur 38 tahun. Kami tidak pernah kenal langsung.
Kisahnya, pada satu hari (selepas Asar - bulan ramadan ) saya ditegur oleh seseorang...
" Sudah kahwin?"
" Belum"
" Mahu kahwin...?"
Saya senyum dan angguk.
Kemudian secarik kertas beserta nombor telefon diserahkan kepada saya.

Saya sms " Bolehkah saya telefon....?"
Ada respon.
3 bulan selepas itu kami bernikah.
Alhamdulillah.

_______________________________________________________________________ 

INFO: AMALAN KHAS UNTUK HARI JUMAAT
****************************
Alhamdulillah, amalan ini Allah masih izin untuk istiqamah. 
Alhamdulillah , hasilnya terbukti.

Bacalah surah :
1) al-Fatihah
2) al-Ikhlas
3) al-Falaq
4) an-nas

Setiap satu surah di baca 7 kali.
Masa membacanya?
Selepas solat Jumaat (sebelum mengubah kedudukan).

Manfaatnya?
Dengan izin Allah, diampunkan dosa-dosanya, terpelihara dan aman sehingga Jumaat akan datang dan dilimpahkan rezeki yang tidak terhingga.


_______________________________________________________________________

INFO: Amalan supaya dapat jaga solat di awal waktu.
****************************
Amalan ini sudah dipraktikkan dan mujarab. Dengan izin Allah.

Amalannya adalah:
membaca surah An-Nasr 10 kali setiap malam.