Thursday, 18 July 2013

Antara Masjid Paling Indah Di Dunia


1) Masjidil Haram
Masjidil Haram di Mekah merupakan tempat yang paling suci bagi umat Islam di seluruh dunia. Setiap tahun, berjuta-juta umat akan ke Tanah Suci Mekah untuk menyempurnakan ibadah Haji dan Umrah.
Masjidil Haram di Mekah merupakan tempat yang paling suci bagi umat Islam di seluruh dunia. Setiap tahun, berjuta-juta umat akan ke Tanah Suci Mekah untuk menyempurnakan ibadah Haji dan Umrah.

2) Masjid An Nabawi
Masjid an-Nabawi di Madinah adalah fokus umat Islam pada musim Haj. Bersama dengan Masjidil Haram di Mekah, ia adalah tempat yang paling suci untuk agama Islam.
Masjid An-Nabawi di Madinah adalah fokus umat Islam pada musim Haji. Bersama dengan Masjidil Haram di Mekah, ia adalah tempat yang paling suci untuk agama Islam.

3) Blue Mosque
Sultanahmet Camii, juga dikenali sebagai Blue Mosque, di antara masjid yang paling mashyur di Turki. Pembinaannya mengambil masa tujuh tahun, dari 1609 hingga 1616. Seni bina masjid ini dipengaruhi un
Sultanahmet Camii, juga dikenali sebagai Blue Mosque, di antara masjid yang paling mashyur di Turki. Pembinaannya mengambil masa tujuh tahun, dari 1609 hingga 1616. Seni bina masjid ini di pengaruhi unsur-unsur Ottoman dan Byzantine.

4) Masjid Muhammad Ali Pasha

Masjid Muhammad Ali Pasha di Cairo, Mesir menampilkan seni bina Ottoman yang klasik. Ia dibina oleh pemerintah Mesir, Muhammad Ali Pasha untuk mengingati anak sulungnya, Tusun Pasha
Masjid Muhammad Ali Pasha di Cairo, Mesir menampilkan seni bina Ottoman yang klasik. Ia dibina oleh pemerintah Mesir, Muhammad Ali Pasha untuk mengingati anak sulungnya, Tusun Pasha.

5) Masjid Jamek

Masjid Jamek, adalah salah satu masjid yang paling ikonik untuk penduduk-penduduk bandaraya Kuala Lumpur. Malah, ia merupakan tapak di mana bandaraya kami ini 'dilahirkan'.
Masjid Jamek, adalah salah satu masjid yang paling ikonik untuk penduduk-penduduk bandaraya Kuala Lumpur. Malah, ia merupakan tapak di mana bandaraya kami ini 'dilahirkan'.

6) Great Mosque of Xi'an 

Great Mosque of Xi'an di China menampilkan ciri-ciri budaya Cina bersebelahan dengan seni bina Islam.
Great Mosque of Xi'an di China menampilkan ciri-ciri budaya Cina bersebelahan dengan seni bina Islam.

7) Masjid Badsashi

Masjid Badshahi telah dibina oleh Maharaja Mughal yang mashyur, Aurangzeb, pada tahun 1671. Ia merupakan masjid yang kelima paling besar di dunia.
Masjid Badshahi telah dibina oleh Maharaja Mughal yang mashyur, Aurangzeb, pada tahun 1671. Ia merupakan masjid yang kelima paling besar di dunia.

8) Masjid Faisal

Masjid Faisal di Islamabad adalah masjid yang paling besar di Pakistan. Vedat Dalokay, arkitek Turki yang mengilhamkannya, menggunakan khemah Beduin sebagai inspirasi seni bina Masjid Faisal.
Masjid Faisal di Islamabad adalah masjid yang paling besar di Pakistan. Vedat Dalokay, arkitek Turki yang mengilhamkannya, menggunakan khemah Beduin sebagai inspirasi seni bina Masjid Faisal.

9) Masjid Besar Baiturrahman

Masjid Besar Baiturrahman di Banda Acheh, Indonesia telah dibakar habis apabila Acheh diserang kuasa Belanda pada tahun 1873. Namun, ia telah dibina balik satu dekad kemudian. Ia antara masjid yang pa
Masjid Besar Baiturrahman di Banda Acheh, Indonesia telah dibakar habis apabila Acheh diserang kuasa Belanda pada tahun 1873. Namun, ia telah dibina balik satu dekad kemudian. Ia antara masjid yang paling indah di seluruh Indonesia

Sumber : 
http://my.news.yahoo.com/

Tuesday, 9 July 2013

Adab Membaca Al-Quran


Ketika membaca al-Quran, seorang Muslim perlu memperhatikan adab berikut untuk mendapatkan kesempurnaan pahala dalam membacanya. Membaca Qur’an seharusnya sudah menjadi agenda harian kita. Dengan rutin membaca , maka kita akan dimudahkan melangkah ke tahap selanjutnya yaitu , berusaha mengerti dan memahami makna dari yang rutin kita baca tersebut.
Kita usahakan program rutin membaca Alquran menjadi bagian dari kebutuhan hidup kita, sebagaimana makan dan minum. Agar Al-Qur’an memberi bekas ke dalam hati, ada adab-adab yang perlu Anda perhatikan saat membacanya.
Berikut adalah adab membaca al-Quran dari kitab At-Tibyan fi Adab Hamalat al-Quran oleh al-Imam an-Nawawi yang saya dapat senaraikan kepada 22 perkara, iaitu:
  1. Berniat ikhlas kerana Allah SWT.
  2. Menggosok gigi atau bersiwak sebelum membaca al-Quran.
  3. Membaca dalam keadaan berwuduk.
  4. Mengadap ke arah kiblat.
  5. Memulakan dengan at-Ta’awwuz.
  6. Membaca al-Quran dari Mushaf lebih utama dari membaca tanpa melihat. Walaupun begitu bagi yang ingin menghafaznya, diharuskan membaca dari hafazan tanpa melihat.
  7. Membaca dengan suara yang merdu dan kuat agar dapat dihayati oleh diri sendiri dan orang lain. Al-Imam al-Ghazali ada menyatakan, jika kita bimbang akan timbul riak iaitu ingin menunjuk-nunjuk, maka membaca secara perlahan itu lebih utama. Sebaliknya jika dapat menjaga daripada timbulnya penyakit berkenaan, maka digalakkan membaca dengan suara yang nyaring – Ihya’ Ulumiddin.
  8. Membaca dengan perhatian dan memahami ayat-ayat yang dibacakan.
  9. Membaca dengan tadabbur dan menangis. Antara adab-adab tadabbur itu ialah memperlahankan suara apabila sampai pada ayat yang menyentuh mengenai sifat Allah SWT menurut tafsiran orang kafir. Sebagai contoh orang Yahudi mengatakan Nabi Uzair anak Allah SWT seperti yang disebutkan Allah dalam surah at-Taubah ayat 30. Contoh yang lain ialah persepsi mereka bahawa Allah SWT tidak berkuasa mengurniakan rezeki kepada hamba-Nya seperti yang difirmankan dalam ayat 64 surah al-Maidah.
  10. Memuliakan al-Quran. Kita dilarang membaca al-Quran sambil ketawa ataupun sambil berbual melainkan mengenai sesuatu yang amat penting.
  11. Membaca ayat dan surah mengikut susunannya dalam tertib al-Quran, yang dulu didahulukan dan kemudian dikemudiankan.
  12. Beramal dengan ajaran al-Quran itu.
  13. Sentiasa membaca al-Quran terutama pada waktu pagi kerana Nabi SAW mendoakan keberkatan waktu itu. Diriwayatkan dalam al-Mustadrak oleh al-Hakim dari Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang membaca 10 ayat, maka dia tidak akan tergolong dari kalangan orang yang lalai.” – (2085, hadis sahih mengikut syarat Muslim)
  14. Berusaha menghafaz ayat al-Quran dan mengulang-ulang ayat itu supaya sentiasa mengingatinya.
  15. Meletakkan sasaran untuk mengkhatamkan al-Quran itu.
  16. Memanjatkan doa sebaik tamat membaca al-Quran kerana waktu itu adalah antara waktu mustajab doa.
  17. Dilarang membaca al-Quran di tempat yang tidak sewajarnya seperti di dalam tandas.
  18. Mengucup al-Quran kerana dikiaskan dengan mengucup Hajar al-Aswad kerana ia juga hadiah kepada Allah SWT.
  19. Mewangikan al-Quran sebagaimana meletakkan wangian pada Hajar al-Aswad.
  20. Meletakkan al-Quran di tempat yang tinggi.
  21. Berusaha untuk menghayati isi kandungan al-Quran hingga membawa ke peringkat menangis atau menitiskan air mata.
  22. Tidak memberi salam kepada seseorang yang sedang membaca al-Quran.
Posted on the July 24th, 2011 under Agama by Harian Metro Online

Thursday, 4 July 2013

Create New Blog


Tutorial ini dalah untuk mereka-mereka yang tidak pernah mempunyai blog dan berminat untuk menghasilkan blog sendiri serta berkesanggupan untuk meng'update' blog tersebut.

1.  Buka laman web www.blogger.com seperti dibawah;



2.  Bagi yang telah mempunyai emel Gmail boleh terus Sign In. Sekiranya ingin menggunakan emel baru boleh klik Sign Up untuk create emel baru.

3.  Masukkan maklumat yang dikehendaki sehingga lah proses selesai.

4.  Terhasil sudah blog yang anda kehendaki. Bolehlah mula untuk meng’update’ atau mencantikkan blog tersebut.

5.  Nak lagi detail, boleh pergi ke KhaiAngel (dot) com.

~ SELAMAT MAJU JAYA ~

Wednesday, 3 July 2013

Surabaya (Part I)

PERANCANGAN KE SURABAYA (KUALA LUMPUR - SURABAYA - KUALA LUMPUR)

Date             : 25 Apr 2013 - 29 Apr 2013
KUL - SUB      : 25 April 2013 (09.35–12.50 / QZ8277)
SUB - KUL      : 29 April 2013 (08.50–11.55 / AK1393)
Liburan ke Surabaya adalah atas cadangan kawan aku, Si Bulan.... Aku dengan senang hatinya bersetujulah dengan idea tersebut (almaklumlah, dah lama sangat dia ajak aku bercuti ke 'oversea'). Perancangan ini dibuat pada awal April tahun 2012 memandangkan ada promosi Air Asia. Harga Tiket = RM 110.00 - pergi balik (murahkannn). Perancangan asalnya mau ke Bandung, tapi apakan daya...tak kesampaian..tiket fully booking. Kami ke sana bertiga (Three Girls), takde lah rasa takut sangatkannn (pengalaman pertama ke luar Malaysia)..
Three Girls

Apa yang menariknya di Surabaya? Kalau di Bandung semua orang tahu.. itu tempat shopping.. So, awal tahun 2013 tanpa melengahkan masa bermulalah pencarianku bersama Google untuk terjah tempat-tempat menarik di Surabaya.. Antara wisata menarik di Surabaya adalah Gunung Bromo. Three Girls ke Gunung Bromo dengan menggunakan servis Travel Agent. Banyak-banyak travel agent yang di google, inilah travel agen yang sesuai dengan bajet Three Girls ;
Travel Agency: Travel Juanda (Bayu Ardhi Febrianto)
Paket : Tour Bromo (2 Day 1 Night)
Office : Perumgriya Sejahtera A-2, Sedati – Sidoarjo, 61253 Surabaya
No Telp. 031 – 77552278, Phone : 081 333 110846, Pin Bb : 21eeb85e
Call Center : 081 333 110 846.
Email :info@traveljuanda.cominfo@anugerahtrans.com
Website :http://www.traveljuanda.comhttp://www.anugerahtrans.com
Aku insan yang sukarela membuat pencarian ini telah berhubung sama Pak Bayu melalui emel (lebih mudah & jimat berbanding penggunaan telepon) ; 
Reservasi = Reservation

Masa mula-mula nak transfer duit ke Pak Bayu melalui Western Union cuak lah jugak.. takut kene tipu.. uang deposit Rp. 250.000 bersamaan RM 93.++. So, bila keluar resit = kwitansi macam kat bawah ni barulah rasa kompiden sikit dengan travel agent ni.
Kwitansi = Resit

Servis yang diberikan memang bagus dan Pak Bayu seorang yang 'tak berat mulut' (boleh dibawa berbual).



Keperluan Yang Dibawa;
1) Bagpack (senang dibawa)
2) Passport/ Uang Rupiah
3) Pakaian - Baju/ Seluar (tak perlu banyak)
4) Sweater/ Glove/ Shawl/ Stoking/ Mask/ Kasut/ Torchlight @ Mt. Bromo
5) International Adaptor & Extension Wire
6) Camera / Selipar
7) Toileteries (Personal Things)
8) Poncho @ Air Terjun Madakaripura

9) Ubat-Ubatan / Telekung

next Surabaya (Part II) / Bajet Trip to Surabaya